perkhidmatan strim muzik yang dibangunkan oleh Tencent From Wikipedia, the free encyclopedia
JOOX ialah sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang dimiliki oleh Tencent dan dilancarkan pada Januari 2015.[1] JOOX adalah penstriman muzik yang terbesar dalam pasaran Asia seperti Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Singapura, Filipina dan juga dalam pasaran Afrika Selatan. JOOX merupakan perkhidmatan freemium yang menyediakan banyak lagu yang percuma dan hanya sebahagian lagu yang hanya tersedia untuk pengguna premium yang ditawarkan melalui langganan berbayar.[2][3]
JOOX | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www |
Jenis | Penstriman muzik |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Burma Bahasa Indonesia Bahasa Melayu Bahasa Thai |
Ditubuhkan | Januari 2015 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Tencent |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Muzik |
Pelantar disokong | Android dan iOS |
Pembangun web | Tencent |
Ibu pejabat | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada tahun 2017, JOOX melancarkan perkhidmatan mereka di Afrika Selatan yang merupakan pasaran pertama mereka selain daripada kebanyakan pasaran mereka di Asia.[4] Perkhidmatan ini kini merangkumi lebih daripada 50% dari semua muat turun aplikasi penstriman muzik dalam pasaran mereka di Asia.[5][6] Bilangan pengguna penstriman mereka di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar dan Indonesia dijangkakan akan mencapai pengguna mereka sebanyak 87 juta pada tahun 2020.[7]
Sebelum kemunculan JOOX, Tencent telah memiliki QQ Music yang merupakan perkhidmatan penstriman muzik dan muat turun yang terbesar di China. Pada tahun 2015, mereka memperkenalkan Joox sebagai perluasan perkhidmatan muzik mereka ke pasaran luar negera selain daripada Tanah Besar China.[8]
Di sebalik penyediaan perkhidmatan percuma dengan memainkan iklan audio kepada pengguna seperti Spotify dan perkhidmatan penstriman muzik yang lain,[9] JOOX memfokuskan pada iklan sepanduk, iklan percikan dan kaedah iklan lain seperti kategori senarai main dan kulit dalam aplikasi.[10] JOOX menawarkan akses premium VIP kepada pelanggan DStv tanpa sebarang cas. DStv adalah firma kepada Tencent dan merupakan penyedia TV berbayar utama di Afrika Selatan.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.