![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3d/Ivermectin_skeletal.svg/langms-640px-Ivermectin_skeletal.svg.png&w=640&q=50)
Ivermektin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ivermektin (ivermectin) ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan parasit.[3] Ubat ini dipakaikan pada manusia untuk merawat penyakit-penyakit termasuk jangkitan kutu kepala, kudis, onkoserkiasis, strongiloidiasis, trikuriasis, askariasis, dan filariasis limfa.[3][4][5][6] Dalam merawat haiwan pula, ivermektin digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit-penyakit bawaan cacing jantung dan akariasis.[5] Ubat ini dapat diminum atau disapu di kulit bagi jangkitan-jangkitan kulit.[3][7]
![]() | |
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Stromectol, Soolantra, Sklice (dan lain-lain) |
AHFS/Drugs.com | sistemik topikal |
MedlinePlus | a607069 |
Data lesen |
|
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Oral, topikal |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan | |
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | – |
Pengikatan protein | 93% |
Metabolisme | Hati (CYP450) |
Penyingkiran separuh hayat | 18 jam |
Perkumuhan | Tinja; <1% urin |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS | |
PubChem CID | |
DrugBank |
|
ChemSpider |
|
UNII | |
KEGG |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
Ligan PDB | |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.067.738 ![]() |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C48 H74 O14 (22,23-dihydroavermectin B1a) C47 H72 O14 (22,23-dihydroavermectin B1b) |
Jisim molar | 875.106 g·mol−1 (22,23-dihydroavermectin B1a) 861.079 g·mol−1 (22,23-dihydroavermectin B1b) |
Model 3D (JSmol) | |
| |
![]() ![]() |
Kesan sampingan umum yang diketahui termasuk demam, gatal dan ruam kulit saat diminum[3] serta mata merah, kulit kering dan sensasi kulit terbakar saat digunakan secara luaran untuk merawat kutu rambut.[8] Ubat ini masih belum dipastikan secara jelas sama ada selamat digunakan ketika hamil, tetapi mungkin dibolehkan digunakan selama penyusuan.[9] Ivermektin termasuk dalam keluarga ubat avermektin, dan bekerja melalui banyak mekanisme yang mengakibatkan kematian parasit sasaran.[3]
Ivermektin ditemukan pada 1975 dan mulai digunakan dalam perubatan pada 1981.[10][11] Ubat ini termasuk dalam Senarai Ubat Perlu Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[12] Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika pula mengiktiraf ivermektin sebagai ubat antiparasit.[13] Selama pandemik COVID-19, banyak maklumat mencurigakan tersebar luas yang mendakwa bahawa ivermektin bermanfaat untuk mengubati dan mencegah COVID-19.[14][15] Namun begitu, dakwaan-dakwaan tersebut tidak disokong oleh bukti-bukti kukuh.[16][17][18][19]