Istana Windsor
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istana Windsor (bahasa Inggeris: Windsor Castle ) merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Berkshire, England. Ia di bawah pemilikan kerabat diraja British di ia merupakan istana persemayaman penguasa terkini United Kingdom, Elizabeth II terutamanya pada hujung minggu. Istana ini mewakili perubahan menakjubkan dari pertahanan kuat asas Norman kepada kediaman moden mewah. Dibina sebagai istana kota Busut dan Bertembok (Motte and Bailey) dari kayu sekitar 1080, reka bentuk itu luar biasa berdasarkan fakta bahawa ia memiliki dua laman, wad atas dan wad bawah. Bahagian tertua dari istana kota Henry II yang masih tinggal adaah menara bulat yang masih menduduki busut tanah. Ianya pada zaman Henry yang dua blok apartment mewah berasingan dibina, satu bagi digunakan untuk menghiburkan pembesar istananya di wad bawah, dan satu lagi di wad atas bagi kegunaan peribadi Keluarga Diraja.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Istana Windsor | |
---|---|
Windsor Castle | |
Windsor, Berkshire in England | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Berkshire" tidak wujud. | |
Koordinat | 51°29′0″N 000°36′15″W |
Jenis | Three bailey was dengan Menara Ibu bulat |
Maklumat tapak | |
Pemilik | Ratu Elizabeth II dalam hak the Crown |
Pengguna | Royal Household |
Dibuka kepada orang awam | Capaian terhad |
Sejarah tapak | |
Diguna sejak | Akhir kurun ke-11 - kini |
Bahan | Batu Bagshot Heath |
Peristiwa | First Barons' War, Perang Saudara England |
Henry III meneruskan kerja pembinaan membesarkan istana kota tersebut, dan membina gereja kecil (chapel), tetapi perubahan paling dramatik dilakukan semasa pemerintahan Edward III pada kurun ke empat belas. Pada tahun 1348 wad bawah diubah menjadi kolej baru St George, dan pada tahun 1357 kerja bermula bagi istana baru gothik di wad atas, di bawah penyeliaan Uskup Winchester. Selepas siap kerja besar ini, hanya sedikit berubah sepanjang tempoh zaman pertengahan. Edward IV membina gereja kecil St George masa kini, Henry VII dan cucu perempuannya, Elizabeth I, mengubahsuai apartment negara, Henry VIII membina pintu laluan masuk ke wad bawah, dan Mary Tudor membina tumpangan di sebelah selatan wad bawah.
Ditawan oleh pasukan perliment dan digunakan sebagai penjara semasa Perang Saudara, Istana kota Windsor menerima pembaikpulihan besar selepas pembentukan semula Raja pada tahun 1660. Charles II mengambil masa selama sebelas tahun untuk membina dalaman Baroque terbaik yang pernah dilihat di England, hiasan mewah dengan kayu ukiran Grinling Gibbons, dan lukisan siling oleh Antonio Verrio, sebahagiannya masih kekal sehingga hari ini.
Raja Stuart dan Hanoverian Awal cenderung untuk tinggal di Istana Hampton Court dan kepentingan Istana kota Windsor dengan itu merosot. Bagaimanapun, menjelang pengakhiran pemerintahan George III, istana kota ini sekali lagi digunakan bagi kediaman utama Keluarga Diraja. George IV meneruskan tradisi ini, mendudukinya pada tahun 1828. Ianya pada tempoh ini Istana kota Windsor diberikan luaran gothik menonjol, masa kini.
Dengan permahkotaan Ratu Victoria ke takhta, Istana kota Windsor menikmati kemuncaknya. Empayar British berada pada puncaknya, anak-anak Ratu yang ramai telah mengahwini kebanyakan keluarga diraja Eropah, dan kepopularan Victoria menjadikan dirinya dan Windsor, sebagai pusat perhatian seluruh dunia. Tempoh penguasaan Raja dan kejayaannya disedihkan dengan kemangkatan awal Putera Albert pada 14 Disember 1861.
Tidak banyak akan berubah sejak hari itu sehingga kini sekiranya tidak disebabkan kebakaran dashyat 1992. Dengan banyak bilik rasmi negara (staterooms) di wad atas binasa, projek pembinaan semula besar-besaran bermula dan disiapkan pada 20 November 1997, tepat lima tahun termasuk hari dari bilamana api marak membakar Istana kota ini. ia merupakan hari yang penuh kegembiraan bagi Ratu, bukan saja menyaksikan hasil pelbagai kemahiran dan kerja keras yang terbabit bagi pemulihan yang lama dan mahal ini, tetapi ia juga bertepatan dengan Perayaan Perkahwinan ke-50 tahunnya. Hari ini Kerabat Diraja digelar sebagai Wangsa Windsor (House of Windsor’), dan istana kota ini manarik beribu-ribu pelawat dari seluruh dunia yang ingin menikmati apartment negara yang mengkagumkan dan seni bina mengkagumkan Gereja kecil St George.
Pekarangan istana ini meliputi sebanyak 13 ekar (5.3 he)[1] terdiri daripada suatu kubu, kota dan suatu kelompok bandar persemayaman.[2] Persekitaran istana terbina secara berfasa-fasa sehingga tamatnya kerja pemulihan berikutan suatu kebakaran besar yang menimpa istana tersebut pada tahun 1992.[3]
Bangunan ini dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina George dan Victoria design didasarkan suatu asas binaan dari Zaman Pertengahan serta ciri-ciri binaan Goth yang dimodenkan.
Pekarangan istana terbahagi kepada tiga bahagian yang utama:
Seluruh persekitaran kubu istana ini pula dikelilingi kawasan suatu taman awam besar dari abad ke-19 bernama Home Park.[6] Terdapat suatu laluan utama menghala masuk pekarangan istana dipanggil The Long Walk di selatan istana berkepanjangan 2.65 batu (4.26 km)[7] dan selebar 240 kaki (75 meter),[8] laluan dibarisi pokok-pokom berangan dan plane.[9]
Istana ini mula dibina William si Penakluk sedasawarsa selepas menakluk England pada 1066,[10] William mengasas tapak suatu busut berbenteng (motte and bailey) sekitar dengan jarak sehari perjalanan – sekitar 20 batu (32 km) – dari London agar memudahkan pergerakan segera,[10] lagi-lagi bila ia berdekatan Sungai Thames yang utama menuju kota tersebut serta Hutan Windsor yang pernah dimiliki raja-raja Saxon.[11] Istana ini tidaklah dijadikan semayaman diraha pada asalnya kerana raja-raja ini lebih menggunakan istana semayam Edward the Confessor di Old Windsor.[12] Henry I penghuni pertama istana ini,[13] baginda turut beristeri dengan Adela puteri Godfrey tahun 1121.
Istana ini menjadi tempat perlindungan rahsia Raja George VI, Permaisuri Bonda Elizabeth, dua-dua puteri mereka Elizabeth dan Margaret serta banyak kakitangan isi Istana Buckingham yang dipindahkan ke sana dengan meletusnya Perang Dunia Kedua: semua khazanah seni penting termasuk alat kebesaran diraja[14] disembunyikan sambil jendela-jendela istana ditutuphitamkan,[15] kamar-kamar persemayaman mereka diperkuatkan menahan daripada sebarang serangan udara[16] sambil seberapa lukisan cat untuk rupa bentuk istana dkomisyenkan antara 1942–4 sekiranya istana perlu dipulihkan seni bina jika terbinasa.[17] Dua-dua Raja George dan Permaisuri Elizabeth dilaporkan keberadaan tetap dalam Istana Buckingham atas sebab keselamatan dan meredakan keadaan rakyat,[16] kedua-dua mereka turut mencemar duli ke London pada siang setiap hari untuk tujuan sama memerhatikan keadaan. Pekarangan istana mengambil masa bertahun-tahun dipulihkan kepada rupa pra-perang.[18]
Elizabeth II memilih istana ini sebagai persemayaman beradu baginda sebaik ditabalkan sebagai Ratu UK bulan Februari 1952.[19] Tapak-tapak semayam peribadi dari zaman Permaisuri Mary diubahsuai lanjut sebelum dapat dihuni oleh baginda ratu, suaminya Philip dan dua orang putera-puterinya.[19]
Pada 20 November 1992, suatu kebakaran besar berlaku dalam pekarangan istana yang didapati berpunca daripada lampu limpah yang digunakan dalam kerja-kerja ubahsuai dan pemuliharaan yang membakar suatu langsir altar istana pada waktu pagi[20] sebelum merebak serata binaan selama 15 jam. Kebakaran tersebut merosakkan sebahagian besar Upper Ward,[21] 9 buah kamar menyambut tetamu serta lebih 100 kamar istana lain.[20] Hampir semua khazanah dan peninggalan diraja berjaya dikeluarkan[20] sambil 200 orang ahli bomba[22] memadam kebakaran yang ada dalam bangunan istana tersebut,[23] Pemadaman ini berjaya pada pagi keesokan harinya[24] namun pemadaman ini secara tidak sengaja menimbulkan masalah kerosakan yang rumit beikutan kejadian ini.[25] Pemulihan semula pasca-kebakaran yang meniru gaya seni sebelumnya dengan kaedah moden[26] dilakukan sehingga tamat tahun 1997 dengan tampungan sebanyak £37 juta (£67juta jika mengikut inflasi 2015).[27][28]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.