From Wikipedia, the free encyclopedia
Dr. Isaac Asimov (k.k. 2 Januari 1920 – 6 April 1992, asalnya Исаак Озимов tetapi kini ditranskripsikan ke dalam Rusia sebagai Айзек Азимов) ialah seorang penulis dan profesor Amerika Syarikat yang berasal dari Rusia. Beliau ialah penulis yang amat prolifik dan amat berjaya, dan paling dikenali kerana karya-karya fiksyen sains dan buku-buku sains popularnya.
Isaac Asimov | |
---|---|
Lahir | 2 Januari, 1921 Petrovichi, SFSR Rusia |
Meninggal dunia | 6 April, 1992 New York, New York, Amerika Syarikat |
Nama pena | Paul French, George E. Dale |
Pekerjaan | Novelis, pengarang cerita pendek, ahli esei, sejarawan, ahli biokimia, penulis buku teks, humoris |
Genre | Fiksyen sains (SF keras), sains popular, fiksyen misteri, esei, kritikan kesusasteraan |
Pergerakan sastera | Zaman Keemasan Fiksyen Sains |
Tandatangan | |
Asimov menulis atau menyunting melebihi lima ratus buah buku serta lebih kurang sembilan ribu pucuk surat dan poskad, dan telah menulis karya-karya dalam setiap kategori Sistem Perpuluhan Dewey yang utama kecuali falsafah.[1] Beliau dianggap secara meluas sebagai pakar dalam genre fiksyen sains dan, bersama-sama dengan Robert A. Heinlein dan Arthur C. Clarke, telah dianggap sebagai salah satu penulis fiksyen sains "Tiga Yang Besar" semasa hidupnya.[2] Karya Asimov yang termasyhur ialah Siri Asas; karya utamanya yang lain ialah siri Empayar Galaksi dan siri Robot yang kedua-duanya, beliau kemudian mengaitkan kepada alam semesta fiksyen yang sama dengan Siri Asas. Beliau menulis banyak cerpen, antaranya "Waktu Senja" ("Nightfall") yang telah dipilih oleh Penulis-penulis Fikysen Sains Amerika sebagai karya yang terbaik dalam genrenya sehingga tahun 1964. Asimov juga menulis karya-karya misteri dan khayalan, serta banyak buku bukan fiksyen. Beliau juga menulis siri Lucky Starr yang terdiri daripada novel-novel kanak-kanak melalui nama pena Paul French.
Kebanyakan buku sains popular Asimov menerangkan konsep-konsep sains melalui cara sejarah, dan kembali sejauh yang mungkin ke masa ketika sains tersebut berada dalam peringkat yang paling mudah. Beliau sering memberi maklumat kerakyatan, tarikh lahir, dan tarikh kematian untuk ahli-ahli sains yang disebutnya, serta etimologi dan panduan sebutan bagi istilah-istilah teknikal. Contoh-contoh ini termasuk Panduan Sains, set tiga jilid untuk Memahami Fizik, serta Kronologi Sains dan Penemuan Asimov.
Asimov ialah ahli lama dan Naib Presiden Mensa Antarabangsa, walaupun dengan keberatan, dan memerihalkan ahli-ahli pertubuhan itu sebagai "suka berdebat secara intelektual". Beliau lebih gembira menjadi Presiden Persatuan Penyokong Humanisme Amerika.
Asteroid 5020 Asimov, majalah Fiksyen Sains Asimov, dan dua Anugerah Isaac Asimov yang berbeza telah dinamai sempena namanya sebagai penghormatan kepadanya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.