From Wikipedia, the free encyclopedia
Indeks kualiti udara (AQI) ialah nombor yang digunakan oleh agensi kerajaan[1] untuk menyampaikan kepada orang ramai bagaimana pencemaran udara ketika ini atau bagaimana pencemaran dijangka menjadi.[2][3] Apabila AQI meningkat, peratusan populasi yang semakin besar mungkin mengalami kesan buruk kesihatan yang semakin teruk. Negara-negara yang berbeza mempunyai indeks kualiti udara sendiri, sesuai dengan piawaian kualiti udara negara yang berbeza. Sebahagian daripadanya adalah Indeks Kesihatan Kualiti Udara (Kanada), Indeks Pencemaran Udara (Malaysia), dan Indeks Pencemaran Kandungan (Singapura).
IPU | Status | Kesan kepada Kesihatan |
---|---|---|
0-50 | Baik | Pencemaran yang rendah tanda sebarang kesan buruk terdahap kesihatan. |
51-100 | Sederhana | Pencemaran yang sederhana yang tidak memberi kesan buruk terdahap kesihatan. |
101-200 | Tidak sihat | Mengurangkan keadaan kesihatan untuk warga tua, wanita hamil, kanak-kanak dan orang-orang yang mempunyai komplikasi jantung dan paru-paru. |
201-300 | Sangat tidak sihat | Memburukkan keadaan kesihatan dan toleransi yang rendah terhadap latihan fizikal kepada orang yang mepunyai komplikasi jantung dan paru-paru. Mempengaruhi kesihatan awam. |
>300 | Merbahaya | Berbahaya kepada orang yang berisiko tingi dan kesihatan awam. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.