From Wikipedia, the free encyclopedia
Indeks Big Mac ialah kaedah tidak formal yang direka oleh majalah akhbar The Economist untuk mengukur pariti kuasa beli (purchasing power parity, PPP) antara dua mata wang dan menguji sejauh mana kadar tukaran boleh menyamakan kos barangan di negara-negara berlainan. Indeks ini bertujuan "memudahkan pemahaman teori kadar tukaran".[1]
Indeks ini meminjam namanya dari hidangan Big Mac, iaitu hamburger yang dijual di restoran McDonald's.
Indeks Big Mac Index diperkenalkan di majalah The Economist pada bulan September 1986 oleh Pam Woodall sebagai gambaran berunsur jenaka, dan semenjak itu diterbit setiap tahun oleh majalah tersebut. Dari indeks ini juga lahirnya istilah burgernomics.[2]
UBS Wealth Management Research telah mengembangkan idea Big Mac Index ini agar mengambil kira jumlah masa yang diperlukan oleh seseorang di sesebuah negara untuk memperoleh wang yang mencukupi untuk membeli sebiji Big Mac. Indeks Big Mac yang berasaskan waktu kerja boleh memperhalusi gambaran kuasa beli seseorang pekerja biasa, kerana faktor-faktor lain turutu diambil kira, seperti wang upah tempatan.[3]
Salah satu cara meramal perubahan kadar tukaran adalah kadar antara dua mata wang harus menyesuai dengan sendiri agar sampel bakul barang dan perkhidmatan sama kosnya bagi kedua-dua mata wang (PPP). Mengikut Indeks Big Mac, "bakul" tersebut merupakan sebiji burger Big Mac yang dijual oleh rangkaian kedai makanan segera McDonald's. Burger Big Mac dipilih kerana terdapat di kebanyakan negara seluruh dunia, apalagi pemegang francais McDonald's tempatan dipertanggungjawabkan untuk merundingkan harga input. Justeru, indeks ini membolehkan perbandingan antara mata wang pelbagai negara.
Kadar tukaran PPP Big Mac antara dua negara diperoleh dengan membahagi harga sebiji Big Mac di sebuah negara (mengikut mata wang setempat) dengan harga sebiji Big Mac di sebuah negara lain (mengikut mata wang setempat juga). Kemudian, nilai ini dibandingkan dengan kadar tukaran sebenar; jika lebih rendah, maka mata wang pertama kurang nilainya (mengikut nilai PPP) berbanding mata wang kedua; begitu juga, jika lebih tinggi, maka mata wang pertama tersebut lebih nilainya.
Contohnya, dengan menggunakan perangkaan pada Julai 2008:[4]
Mata wang euro luas meliputi pelbagai negara, maka lain negara lain harganya walaupun sama mata wang. Pada April 2009, Big Mac di Jerman berharga 2,99EUR, bersamaan dengan AS$3.96, membayangkan bahawa mata wang euro diperdagangkan melebihi PPP sebanyak 10.9%.
Kadang-kadang, majalah The Economist mengeluarkan indeks yang serupa temanya dengan Indeks Big Mac tetapi menggunakan barangan lain. Pada Januari 2004, Tall Latte index digunakan berasaskan secawan kopi Starbucks sebagai ganti Big Mac.[5] Begitu juga, pada tahun 1997, majalah ini melukis "peta Coca-Cola" yang memaparkan kekadaran songsang antara jumlah Cola yang digunakan per kapita di sesebuah negara dan tahap kesihatan negara berkenaan.[6]
Pada tahun 2007, sebuah bank Australia bernama Commonwealth Securities menyesuaikan idea di sebalik Indeks Big Mac Index untuk mereka "indeks iPod."[7] Teorinya adalah memandangkan iPod dikilangkan di satu tempat sahaja, maka nilai iPod sedunia haruslah lebih konsisten. Bagaimanapun, teori ini dikritik kerana mengabaikan kos pengangkutan yang berbeza mengikut jarak penghantaran keluaran berkenaan dari "satu tempat" pengeluaran.
Bloomberg L.P. memperkenalkan indeks Billy yang mana harga tempat sebuah rak buku Billy keluaran Ikea ditukar ke USD lalu dibandingkan.[8][9][10][11]
"Kaedah burger" ini menunjukkan kepincangan dalam menganggar PPP. Di sesetengah negara, pembelian makanan di restoran antarabangsa seperti McDonald's masih agak mahal berbanding restoran tempatan, apatah lagi permintaan untuk Big Macs di negara-negara seperti India tidak sebesar permintaan di Amerika Syarikat. Darjat sosial pelanggan restoran makanan segera seperti McDonald's, cukai tempatan, tahap persaingan, dan duti import yang dikenakan pada barangan terpilih mungkin menyukarkan gambaran tepat mengenai ekonomi keseluruhan sesebuah negara. Tambahan lagi, tiadanya sebab teori yang menjelaskan mengapa barang dan perkhidmatan bukan dagangan seperti kos hartanah boleh menjadi sama di negara berlainan: inilah sebabnya PPP berbeza dari kadar tukaran pasaran selama ini. Walau apapun, para ahli ekonomi masih menganggap Indeks Big Mac sebagai sukatan pariti kuasa beli di dunia sebenar.[12] Tidak dilupakan juga, McDonald's menggunakan startegi pemasaran berbeza-beza yang menimbulkan perbezaan ketara dalam keluaran, sekalipun perbezaan harga agak kecil antara kedua-dua negara. Contohnya, sebiji hamburger cuma berharga 1 € di Perancis, dan 1,50 € di Belgium, tetapi pada keseluruhannya restoran McDonald's di Belgium lebih murah. Di Estonia, perbezaan harga antara sebiji Big Mac dan satu hidangan lengkap (termasuk Big Mac, sampingan dan minuman) adakalanya sekecil 3 EEK (0.20 USD), atau 5% harga burger itu sahaja.
Begitu juga, hidangan Big Mac sebenarnya berlainan cara penyediaan antara negara, kerana berbeza nilai khasiatnya. Misalnya, Big Mac versi Australia kurang 22% kalorinya berbanding versi Kanada, dan 8% lebih ringan berbanding versi Mexico.[13]
Perangkaan berikut adalah tepat pada 22 Julai 2010
|
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.