Indeed
From Wikipedia, the free encyclopedia
Indeed merupakan sebuah tapak enjin carian pekerjaan antarabangsa yang dilancarkan pada bulan November 2004 di Amerika Syarikat. Indeed juga adalah sebuah anak syarikat kepada Japan Recruit Co. Ltd, dan mempunyai sebuah pejabat di Austin, Texas dan Stamford, Connecticut termasuklah pejabat tambahan yang lain di seluruh dunia.[2] Kini, terdapat lebih 60 negara dan 28 bahasa termasuklah negara Malaysia sendiri.[3] Pada bulan Oktober 2010, Indeed.com melantik Monster.com untuk menjadi enjin carian pekerjaan tertinggi di Amerika Syarikat.[4]
Indeed | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | indeed |
Jenis | Enjin Carian Pekerjaan |
Tersedia dalam | Pelbagai bahasa |
Ditubuhkan | November 2004; 19 tahun yang lalu (2004-11) |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Syarikat Recruit |
Pengasas | Paul Forster Rony Kahan |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Ya |
Status terkini | Aktif |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ▼ 128 (April 2020[kemas kini])[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Austin, Texas, Amerika Syarikat Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Enjin carian pekerjaan ini menggabungkan senarai pekerjaan dari ribuan laman sesawang, termasuk papan pekerjaan, firma kakitangan, persatuan, dan halaman kerjaya syarikat. Ia sekaligus menjana pendapatan seperti menjual iklan jawatan premium, menghantar resume pekerja kepada majikan dan membantu syarikat untuk mencari pekerja.[5] Pada tahun 2011, Indeed mula membenarkan pencari kerja memohon secara langsung ke pekerjaan di laman sesawang Indeed[6] dengan menawarkan penghantaran dan penyimpanan resume pencari kerja.[7]