![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Imam_Budi_Hartono_Official.png/640px-Imam_Budi_Hartono_Official.png&w=640&q=50)
Imam Budi Hartono
From Wikipedia, the free encyclopedia
Imam Budi Hartono (lahir di Jakarta, Indonesia, 8 Ogos 1968; umur 55 tahun) ialah ahli politik Indonesia yang menjadi Timbalan Datuk Bandar Depok, Jawa Barat, Indonesia, bermula pada 26 Februari 2021. Sebelum ini, beliau menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (Melayu: Majlis Perundangan Rakyat Daerahcode: ms is deprecated ) Jawa Barat.[1] Semasa dahulu ketika menjadi ahli Majlis Perundangan Rakyat Daerah Bandar Depok, Imam ikut merancang Bandar Depok melalui Rencana Tata Ruang Wilayah (Melayu: Rancangan Keruangan Wilayahcode: ms is deprecated ).
Imam Budi Hartono | |
---|---|
![]() | |
Timbalan Datuk Bandar Depok ke-5 | |
Memegang jawatan 26 Februari 2021 (2021-02-26) | |
Gabenor | Ridwan Kamil |
Datuk Bandar | Mohammad Idris |
Didahului oleh | Pradi Supriatna |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1968-08-08) 8 Ogos 1968 (umur 55) Jakarta, Indonesia |
Kerakyatan | Indonesia |
Parti politik | Parti Keadilan Sejahtera (1998–) |
Pasangan | Etty Maryati Salim |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Sadati |
Bapa | Sugiman |
Kediaman | Grand Depok City, Sukmajaya, Depok |
Alma mater | Universitas Indonesia |
Pekerjaan | Politikus |
Profesion | |
Nama lain | IBH |
Laman web rasmi | imambudihartono |
Imam dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Depok pada 26 Februari 2021 di umur 52 tahun. Beliau menjadi Timbalan Datuk Bandar Depok pertama yang memiliki darah suku Jawa. Namun semasa pelantikan, ia bersama isterinya, Etty Maryati Salim disahkan positif COVID-19 selepas tes swab PCR.[2][3] Oleh itu, mereka perlu dikuarantin di Hospital Awam Daerah Bandar Depok. Pada 28 Disember 2020, Imam dipilih sebagai Pengerusi Daerah Parti Keadilan Sejahtera Bandar Depok.[4]