Ilhan Omar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ilhan Abdullahi Omar (lahir 4 Oktober 1982) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai wakil negeri Minnesota dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 2019. Beliau pernah menjadi wakil kepada pusat ke pinggiran Minneapolis dalam Dewan Perwakilan Negeri Minnesota dari 2017 hingga 2019. Beliau antara dua orang Muslimah pertama (bersama Rashida Tlaib) menganggotai Kongres Amerika Syarikat,[6][7] beliau juga warga ternaturalisasi pertama dilantik masuk Kongres ini.
Ilhan Omar | |
---|---|
Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi Daerah Ke-5, Minnesota | |
Memegang jawatan 3 Januari 2019 | |
Didahului oleh | Keith Ellison |
Anggota Dewan Perwakilan Minnesota bagi Daerah 60B | |
Dalam jawatan 2 Januari 2017 ā 3 Januari 2019 | |
Didahului oleh | Phyllis Kahn |
Digantikan oleh | Mohamud Noor |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ilham Abdullahi Omar[1] (1982-10-04) 4 Oktober 1982 (umur 41) Mogadishu, Somalia |
Parti politik | Demokrat (Parti Demokratik-Petani-Buruh Minnesota) |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3; including Isra Hirsi |
Saudara | Sahra Noor (sister) |
Pendidikan | Universiti Negara Dakota Utara (BA) |
Laman web rasmi | omar |
Beliau dikenali kerana giat dan kelantangan dalam kedudukannya mencabar dasar-dasar petempatan haram rejim Israel terhadap Palestin yang diberi sokongan lobi dalam Amerika Syarikat.[8][9][10] Beliau turut merupakan orang kuat dalam pencabaran dasar-dasar imigresen keras dilaksanakan pemerintahan Donald Trump yang turut termasuk pengharaman orang Islam memasuki Amerika Syarikat[11] sehingga dijadikan sasaran kecaman para penyokong Trump.[12][13]
Beliau antara orang kuat dalam kelompok progresivis Parti Demokrat Kongres A.S disebut sebagai "The Squad".[14]