Iain Armitage
From Wikipedia, the free encyclopedia
Iain Armitage (lahir 15 Julai 2008) merupakan pelakon kanak-kanak Amerika Syarikat yang juga merupakan pengkritik pementasan dalam talian.[1] Beliau merupakan anak kepada pelakon Euan Morton dan penerbit teater, Lee Armitage.[1] Beliau melakon watak sebagai Ziggy Chapman dalam siri mini HBO, Big Little Lies.[1] Pada Januari 2017, Armitage membintangi sebuah episod Law & Order: Special Victims Unit, melakonkan watak kanak-kanak bernama Theo Lachere yang diculik. Beliau turut pernah kelihatan muncul dalam sebuah episod Impractical Jokers dimana beliau bercakap dengan Murray[2]
Pada tahun 2017, beliau memegang watak dalam The Glass Castle[1] dan sebagai Sheldon Cooper ketika muda dalam siri Young Sheldon, prekuel kepada siri The Big Bang Theory.[3][4][5]