![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a4/IPad_3.png/640px-IPad_3.png&w=640&q=50)
iPad 3
komputer tablet / From Wikipedia, the free encyclopedia
iPad (Generasi ketiga) adalah sebuah komputer tablet yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Apple. Ia menerima tambahan paparan Retina, cip Apple A5X yang dilengkapi dengan pemproses grafik quad-core, kamera 5 megapiksel, 4G (LTE), Siri (datang dengan iOS 6.0[3] pada 19 September 2012).
![]() | |
![]() iPad generasi ketiga | |
Pembangun | Apple Inc. |
---|---|
Pengilang | Foxconn |
Jenis | Tablet |
Tarikh jualan | 16 Mac 2012 (2012-03-16) (![]() 20 April 2012 (2012-04-20) ( ![]() |
Sistem pengendalian | iOS 6.0.1 |
Kuasa | Bateri cas semula litium-polimer terbina dalam 42.5 W·h (153 kJ),jangka penggunaan 10 jam |
Sistem-atas-cip | Apple A5X |
CPU | 1 GHz dual-core ARM Cortex-A9 |
Muatan storan | Ingatan kilat 16 GB, 32 GB atau 64 GB |
Ingatan | 1 GB DDR2 RAM |
Paparan | 9.7 in (250 mm) 2,048 × 1,536 px; 264 ppi |
Grafik | PowerVR SGX543MP4 |
Input | Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital |
Kamera | Depan: Rakaman video VGA sehingga 30 fps dengan audio, Gambar 0.3 MP Belakang: Rakaman video, 1080p pada 30fps, Gambar 5x zum digital, 5 MP kamera iSight |
Ketersambungan | Wi-Fi (802.11 a/b/g/n) Bluetooth v4.0 |
Perkhidmatan dalam talian | iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari, iCloud |
Dimensi | 9.50 in (241 mm) (t) 7.31 in (186 mm) (l) |
Berat | Wi-Fi: 1.44 lb (650 g) Wi-Fi + Selular: 1.46 lb (660 g) |
Rencana berkait | iPhone, iPad, iPod touch |
Laman sesawang | apple.com/ipad |
iPad ini dikeluarkan ke 10 negara pada 16 Mac 2012.[1] Ia banyak menerima ulasan positif, dimana kebanyakkannya memuji paparan Retina, pemproses, dan keupayaan 4G (LTE). Bagaimanapun, ia mencetuskan kontroversi apabila ketidakupayaan 4G iPad (Generasi ketiga) ini diketahui.[4]
Bagaimanapun, iPad ini mendapat sambutan hangat dengan tiga juta unit berjaya dijual dalam masa tiga hari sahaja.[5] Pada 23 Oktober 2012, penjualan iPad (Generasi ketiga) dihentikan dengan mengumuman iPad (Generasi Keempat) yang baru.[6] Ini menyebabkan iPad (Generasi ketiga) memegang rekod tempoh jualan terpendek dalam keluarga iPad.