From Wikipedia, the free encyclopedia
IKEA (disebut /ɪ²keːa/, [i.ké.a] atau /aɪˈkiːə/, [ai.ki.ye][1]) merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim hasil pemarapan nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).[2]
Nama asli | IKEA |
---|---|
Dinamakan sempena | Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd socken |
Jenis/bentuk sah | Syarikat persendirian Sweden |
Industri | Runcit (Pengkhususan) |
Ditubuhkan | 1943 di Älmhult, Småland, Sweden |
Pengasas | Ingvar Kamprad |
Ibu pejabat | Leiden, Holland Selatan, Belanda |
Tokoh penting | Ingvar Kamprad, Pengasas Anders Dahlvig, Presiden Hans Gydell, Presiden Inter IKEA Group |
Keluaran | Perabot pasang sendiri, lihat bahagian produk |
Hasil | $28.6B USD (▲ 14%) (FY 2007) |
Bilangan kakitangan | 118,000 (2007) |
Tapak web | www.ikea.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.
IKEA telah membuka 433 buah cawangan di 52 buah negara setakat 2019;[3] kebanyakan cawangan sedunia Ikea dipegang milik oleh INGKA kelolaan Yayasan Stichting INGKA, antara 40 buah yayasan terkaya di dunia.[nota 1][3][5]
Gedung-gedung syarikat ini sering diwarnakan dengan warna-warna biru dan kuning yang melambangkan Sweden, negara asalnya.[6]
Binaan dalam pula disediakan semua bilik pameran contoh dan perabot secara sehala mengikut arah lawan jam mengalakkan para pelanggan melihat kesemua barangan yang dijual dalam gedung, namun jalan-jalan pintas lain ke bahagian lain turut tersedia.[7] Para pelanggan digalakkan mencatat semua produk yang diingini dari pameran-pameran ini sebelum ke "Market Hall" untuk mengambil barangan kecil seperti lampu, bingkai dan cadar kemudian beralih ke bahagian simpanan gedung untuk mendapatkan perabot besar yang dipadatkan (flat pack) di mana ia boleh dipasangkan dengan sendiri di rumah kemudian.
Pada hujung gedung pula ada suatu bahagian barangan "sedia ada" (as-is) menawarkan barangan pameran lama yang dijual dengan diskaun tertentu serta tanpa gantian dijamin.
Setiap gedung mempunyai kemudahan taman permainan untuk anak-anak meluangkan masa dalam pengawasan ketat sambil ibu bapa sibuk membeli barangan; kemudahan ini diberi nama Småland dalam bahasa Sweden bermaksud "tanah kecil" (bandingkan kata warisan dalam bahasa Inggeris: small land).[8]
Kedai-kedai makan dan kafe turut tersedia dalam laluan sehala gedung sebagai tempat persinggahan di mana ia mengkhusus kepada masakan Sweden seperti bebola daging, jem lingonberi, lepa telur ikan dan salmon serta gula-gula dan coklat istimewa lain.[9][10] Namun, setiap cawangan akan juga menyediakan hidangan alternatif mengikut selera pasaran tempatan.[11][12]
IKEA mempunyai lebih daripada 400 kedai di seluruh dunia. Antara negara yang mempunyai lebih dari dua cawangan gedung IKEA termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.