![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fd/Shah_Alam_-_i-City_0005.jpg/640px-Shah_Alam_-_i-City_0005.jpg&w=640&q=50)
i-City
From Wikipedia, the free encyclopedia
i-City atau i-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.
Fakta Segera Lokasi, Koordinat ...
I-City | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Lokasi | |
Koordinat | 3°3′57.43″N 101°29′0.08″E ![]() |
Dibuka | Disember 2009; 14 tahun yang lalu (2009-12) [1] |
Pemilik | i-Berhad |
Tema | Taman tema |
Laman sesawang | www.i-city.my |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tutup
Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu berwarna-warni.[2]