senator Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia kelahiran Terengganu. Beliau merupakan pengasas dan Presiden Yayasan Amal Malaysia sejak ditubuhkan pada 2001. Beliau turut mengasaskan rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah pada 2017. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu pada 2020[1]. Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 2015[2].
Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hussin Ismail | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 16 Mac 2023 | |
Pengerusi Tetap Parti Islam Se-Malaysia | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Dato’ Abu Kassim Abdullah |
Presiden Yayasan Amal Malaysia | |
Memegang jawatan 2001 | |
Timbalan | Jamuliddin Elias |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1955 Marang, Terengganu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Rosemunainah Noor Asmuni |
Anak-anak | 9 orang Siti Nuur Izzati Hussin Mohd Saifullah Hussin Mohd Fakhrurrazi Hussin Siti Fatimatuzzahra Hussin Siti Nuur Nazifah Hussin Mohd Iqbal Hussin Mohd Zulqornain Hussin Mohd Khidhir Hussin Mohd Danial Hussin |
Pekerjaan | Ahli politik. Aktivis kemanusiaan |
Hussin Ismail dilahirkan pada 1955 di Marang, Terengganu. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Rosemunainah Noor Asmuni, dan dikurniakan sembilan anak dan kesemua mereka adalah penghafaz al-Quran[1][3].
Beliau mendapat pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu selama tiga tahun (1968-1970). Selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), dia melanjutkan persekolahan ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat universiti[4].
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang korporat[5].
Beliau telah terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan sejak 1973 dan telah mengetuai pelbagai program-program di peringkat antarabangsa antaranya misi dakwah bukan Islam di rantau Afrika dan pembangunan semula Marawi di selatan Filipina[5]. Di peringkat antarabangsa, beliau turut menjadi Presiden Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan (IFRD), sebuah badan yang dibentuk oleh pertubuhan kemanusiaan dari 10 buah negara[6].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.