![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f4/155fire.jpg/640px-155fire.jpg&w=640&q=50)
Howitzer M198
From Wikipedia, the free encyclopedia
Howitzer M198 adalah sebuah artileri tunda bersaiz sederhana yang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin. Ia boleh digugurkan menggunakan payung terjun atau diangkut dengan menggunakan helikopter CH-53E Super Stallion atau CH-47 Chinook. M198 diatur gerak di dalam kor - dan unit artileri medan tentera darat yang berasingan, selain di dalam batalion artileri ringan dan divisyen udara. Ia juga memberi tembakan artileri medan bagi menyokong serangan darat.
Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Howitzer M198 | |
---|---|
![]() Howitzer M198 155 mm melakukan tembakan. | |
Jenis | Howitzer tunda |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1979 - kini |
Digunakan oleh | Tentera Darat A.S., Kor Marin, Tentera Darat Australia, Tentera Darat Diraja Thai, Angkatan Tentera Lebanon, Angkatan Tentera Honduras |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1968-1977 |
Pengeluar | Rock Island Arsenal (AS) |
Kos unit | AS$527,337 |
Dihasilkan | 1978-1992 |
Jumlah dibina | 1600+ |
Spesifikasi | |
Berat | 7,154 kg (15,772 lb) |
Panjang | 11 m (36 kk 2 in) dalam kedudukan menembak; 12.3 m (40 kk 6 in) dalam kedudukan tunda |
Lebar | 2.8 m (9 kk 2 in) dalam kedudukan tunda |
Tinggi | 2.9 m (9 kk 6 in) dalam kedudukan tunda |
Krew | 9 orang |
Kaliber | 155 mm |
Kadar tembakan | 4 butir/min maksima; 2 butir/min tahanan |
Jarak tembakan maksimum | 22,400 m (14 batu) dengan peluru konvensional; 30,000 m (18.6 batu) dengan dorongan roket |
Tutup
Penggunaan M198 kini sedang digantikan dengan BAE Systems Global Combat Systems howitzer ultra ringan M777. M198 juga digunakan oleh Tentera Darat Australia [1] dan Tentera Darat Pakistan.[2]