pejabat kendalian juru-YouTube maya From Wikipedia, the free encyclopedia
Hololive Production (Jepun: ホロライブプロダクション, rumi: Hororaibu Purodakushon ) ialah sebuah syarikat agensi YouTuber maya Jepun yang diketuai oleh COVER Corporation. Hololive pada awalnya beroperasi di Jepun, kemudian memperluas wilayah operasinya ke China, Indonesia dan seterusnya melebarkan sayap ke dunia Barat (golongan berbahasa Inggeris),[1] di bawah cawangan luar negaranya, Hololive China (CN), Hololive Indonesia (ID), dan Hololive English (EN). Secara lazimnya, para YouTuber maya Hololive akan melakukan penstriman langsung secara harian, biasanya melibatkan permainan video. Selain Hololive itu sendiri, syarikat Cover turut merangkumi Holostars, versi lelaki Hololive dan INoNaKa Music, label rekod yang dikhususkan buat para YouTuber maya.[2]
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan, VTuber agency |
---|---|
Industri | Agensi bakat YouTuber Maya |
Ibu pejabat | Jepun |
Jenama |
|
Pemilik | Cover Corp. |
Syarikat induk | COVER Corporation |
Anak syarikat | hololive, hololive Inggeris, Hololive Holostars, hololive Indonesia, HOLOSTARS, hololive DEV_IS |
Tapak web |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Jenis/bentuk sah | Kabushiki gaisha |
---|---|
Industri |
|
Ditubuhkan | 13 Jun 2016 |
Pengasas | Motoaki "Yagoo" Tanigo |
Ibu pejabat | Chūō, Tokyo, Jepun |
Tokoh penting |
|
Syarikat induk | COVER Corporation |
Anak syarikat | hololive, hololive Inggeris, Hololive Holostars, hololive Indonesia, HOLOSTARS, hololive DEV_IS |
Tapak web | cover-corp |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat Cover ditubuhkan oleh Motoaki "Yagoo" Tanigo pada 13 Jun 2016 dan berpengalaman dalam penghasilan beberapa watak permainan video bersama-sama Sanrio serta pernah menubuhkan beberapa buah syarikat rintisan.[3][4] Menurutnya, idea penghasilan YouTuber maya terbit daripada para watak maya lampau seperti Hatsune Miku dan Kizuna AI.[3] Nama "Cover" merupakan lakuran kata communication ("perhubungan") dan virtual ("maya").[5]
Hololive bermula pada 7 September 2017 dengan kemunculan pertama Tokino Sora.[6] Pada Disember, aplikasi khas Hololive dilancarkan sebagai platform untuk menonton para idola menerusi penstriman langsung.[7] Pada 22 April 2018, Robocco, watak Hololive kedua melancarkan dirinya buat julung kalinya di YouTube.[8]
Generasi pertama Hololive China ditubuhkan pada 27 September 2019 dengan siaran langsung lazim di platform Cina, Bilibili.[9] Pada 2020, Hololive melebarkan sayapnya ke Indonesia pada bulan April,[2] dan seterusnya terhadap golongan berbahasa Inggeris pada September.[1]
Pada 30 November 2020, hololive mengumumkan pembukaan uji bakat bagi hololive Inggeris bagi cabang nyanyian.[10]
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.