Hoki Piala Dunia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Hoki Piala Dunia merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa setiap empat tahun bagi menentukan pasukan hoki terbaik dunia dan ia bermula pada tahun 1971 dan untuk kejohanan yang selanjutnya, ia akan diadakan di Hauge, Belanda pada tahun 2014.[1][2]
Ditubuhkan | 1971 |
---|---|
Kawasan | Antarabangsa (FIH) |
Jumlah pasukan | 12 |
Juara semasa | Belgium (Gelaran Pertama) |
Pasukan paling berjaya | Pakistan (4 Gelaran) |
Hoki Piala Dunia 2018 |
Setiap pasukan yang ingin bermain di kejohanan ini harus melayakkan diri kerana hanya dua belas pasukan hoki terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan terakhir Piala Dunia. Kelayakan setiap pasukan untuk ke pusingan akhir Piala Dunia adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Antaranya ialah:-
- Pusingan Kelayakan
- Menjuarai kejohanan benua yang dianjurkan oleh Persekutuan di setiap benua.
- Enam kedudukan teratas di dalam pusingan akhir Liga Hoki Dunia (FIH)
Kesemua pasukan yang bermain di pusingan akhir Piala Dunia akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap satu kumpulan mengandungi enam negara yang bertanding.
Berikut adalah kedudukan negara yang menjuarai kejohanan Hoki Piala Dunia.