From Wikipedia, the free encyclopedia
Hiro Mashima (真島ヒロ , Mashima Hiro) (dilahirkan pada 3 Mei, 1977 di Nagano, Jepun) ialah seorang mangaka. Beliau terkenal dengan siri RAVE, diadaptasi kepada bentuk anime. Siri terbaru yang masih disiarkan ialah Fairy Tail, manga mengenai magik, disiarkan di Majalah Shonen Mingguan Kodansha sejak Ogos 2006.
Selepas pembikinan manganya terdahulu, Rave Master, Hiro Mashima menemui jalan ceritanya agak sentimental dan menyedihkan, lalu jalan cerita Fairy Tail diwujudkan untuk memberi "kegembiraan [kepada semua orang]". Mashima merujuk kepada magik dan ahli sihir untuk jalan cerita ini. Dia juga merujuk kepada kawannya yang mabuk kenderaan ketika dia bersama-sama naik teksi untuk perwatakan Natsu.[1] Selepas menyiapkan jalan cerita peribadi Natsu, Mashima memikirkan bahawa nama yang agak kebaratan sangat tidak sesuai bagi pembaca Jepun. Apabila melukis jalan cerita utama Fairy Tail, Mashima mengambil masa selama lima hari untuk setiap satu episod:
Hari | Aktiviti |
---|---|
Isnin | Lakaran susunan panel manga telah disiapkan |
Selasa | Lakaran kasar dibuat |
Rabu Khamis Jumaat | Menyiapkan lakaran penuh |
Mashima biasanya akan terus menyambung melukis episod seterusnya selepas siap satu episod.[2] Bagi latar belakang setiap watak dalam siri ini, Mashima hanya merujuk kepada orang di sekelilingnya sahaja. Bagi menonjolkan perhubungan antara anak dan bapa untuk watak Natsu dan Igneel, dia merujuk kepada hubungannya sendiri dengan bapanya yang sudah meninggal dunia. Idea kelakar diilhamkan oleh pembantu manganya ketika berjenaka. Ringkasnya, semua idea dalam manganya berdasarkan pengalaman kehidupannya.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.