From Wikipedia, the free encyclopedia
Hirabah (Arab: حرابة ) adalah tindakan sekelompok bersenjata di dalam Daulah Islamiyah dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merusak kehormatan, merusak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim, ataupun kafir (zimmi atau harbi). Termasuk dalam hirabah, adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.
Hukuman hirabah dan tata cara menjatuhkannya telah disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (Surah Al-Maa’idah, ayat 33).[1]
Atas dasar itu, hukuman bagi orang yang melakukan hirabah adalah :-
Hukuman hudud bagi pelaku hirabah akan dijatuhkan bila tindakan mereka telah mencerminkan realiti hirabah. Adapun syarat-syarat yang boleh menetapkan, bahawa suatu tindakan disebut tindakan hirabah ada tiga syarat iaitu :-
Jika tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka tindakan itu tidak disebut sebagai hirabah.
Apabila pelaku hirabah bertaubat sebelum mereka tertangkap, taubat mereka diterima. Akan tetapi, ia harus menunaikan hak-hak orang yang mereka dzalimi, atau hak-hak anak Adam (huquq al-adamiyyin). Ini didasarkan pada firman Allah SWT:
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Maa’idah, ayat 34).[2]
Jika mereka bertaubat setelah tertangkap, maka mereka tetap dikenakan hukuman hudud.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.