Hijjas Kasturi
Arkitek Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai arkitek Malaysia. Untuk syarikat miliknya, sila lihat Hijjas Kasturi Associates.
Hijjas bin Kasturi (lahir 26 September 1936)[1] merupakan seorang arkitek Malaysia.[2] Aktif selama lebih daripada lima puluh tahun, beliau bertanggungjawab ke atas beberapa bangunan paling penting di Asia Tenggara, dalam gaya moden, pasca-moden, dan dekonstruktivis. Beliau dianggap sebagai bapa seni bina Malaysia pada separuh kedua abad kedua puluh[3] dan juga dikenali sebagai individu yang terkenal dengan semangat jiwa Melayu dalam setiap seni bina.[4]