From Wikipedia, the free encyclopedia
Hidroponik (berasal daripada perkataan Yunani hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Pertanian |
---|
Umum |
Agronomi · Penternakan |
Perladangan ekstensif |
Perladangan intensif |
Perladangan kilang |
Perladangan organik |
Permakultur · Perniagaan tani |
Pertanian · Pertanian bandar |
Pertanian mampan |
Pertanian perindustrian |
Sains pertanian · Ternak lepas |
Sejarah |
Sejarah pertanian |
Revolusi Neolitik |
Revolusi Pertanian Muslim |
Revolusi Pertanian British |
Revolusi Hijau |
Khusus |
Akuakultur · Berladang ternak |
Dusun · Gandum · Hidroponik |
IMTA · Jagung · Kacang soya |
Kayu gergaji · Meragut · Padi |
Penternakan ayam itik |
Penternakan babi intensifif |
Penternakan biri-biri |
Penternakan tenusu |
Sistem Intensifikasi Padi |
Kategori |
Bioteknologi |
Pemprosesan daging |
Penternakan ayam itik |
Pertanian mengikut negara |
Sejarah perladangan |
Syarikat pertanian |
Ternakan |
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.