From Wikipedia, the free encyclopedia
"Hey! Kau" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Sandra Dianne, dikeluarkan sebagai single sulungnya selepas tersingkir dari Mentor Legend.[1] Lagu ini ialah hasil karya Tam Spider dengan liriknya ditulis oleh Iman Imran dan dikeluarkan pada Jun 2015 oleh Indigital.[2]
"Hey! Kau" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Sandra Dianne | ||||
Dilancarkan pada | Jun 2015 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:50 | |||
Syarikat | Indigital Music | |||
Penulis | Tam Spider, Iman Imran | |||
Penerbit | Tam Spider | |||
Kronologi Kronologi single Sandra Dianne | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Hey! Kau" dikeluarkan pada Jun 2015 sebagai single sulung Sandra selepas tamat Mentor Legend.[3] Video lirik untuk lagu "Hey! Kau" di saluran YouTube rasmi Indigital pada 23 Ogos 2015. Sejak dilancarkan, ia telah meraih jumlah tontonan sebanyak 5 juta tontonan. "Hey Kau!" turut mendapat respon positif di Indonesia apabila lagu tersebut telah dimainkan di beberapa stesen radio di republik itu.
Sandra mempersembahkan lagu "Hey! Kau" secara langsung dalam rancangan MeleTOP pada 19 Januari 2016[4] dan dalam konsert minggu pertama Big Stage musim ketiga pada 16 Ogos 2020.
Lagu ini juga menjadi lagu tema drama Cik Cinderella dan Encik Tengku dibintangi oleh Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya.
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | Jun 2015 | Muat turun digital[5] Penstriman digital[6] |
Indigital |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.