Henti jantung
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pegun jantung atau henti jantung ialah keadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan jantung dan tekanan darah.[11] Tanda-tandanya ialah hilang kesedaran dan pernafasan yang ganjil atau terhenti.[1] Sesetengah individu boleh mengalami sakit dada, sesak nafas, atau loya sebelum berlakunya pegun jantung.[2] Jika ia tidak dirawat dengan serta-merta, ia boleh menyebabkan kematian.[12]
Pegun jantung | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Nama lain | Henti jantung, pegun kardiopulminari, jantung terhenti, jantung berhenti, pegun peredaran darah, pegun kardium, pegun kardiak, pegun kadium mengejut (SCA), kematian kardium mengejut (SCD)[1] |
RKP dilakukan semasa jantung berhenti. | |
Pengkhususan | Kardiologi, perubatan kecemasan |
Gejala | Hilang kesedaran, pernafasan ganjil atau tiada[1][2] |
Permulaan biasa | Lanjut usia[3] |
Punca | Penyakit arteri koronari, penyakit jantung kongenital, kehilangan darah yang banyak, kekurangan oksigen, kekurangan kalium yang banyak, kegagalan jantung[4] |
Nadi tiada[1] | |
Pencegahan | Jangan merokok, kekal cergas, mengawal berat badan yang sihat[5] |
Rawatan | Resusitasi kardiopulmonari (CPR), defibrilasi[6] |
Prognosis | Kadar penakatan ~ 10% (luar hospital) 25% (dalam hospital)[7][8] |
Kekerapan | 13 bagi setiap 10,000 orang setahun (luar hospital di AS)[9] |
Kematian | > 425,000 per year (U.S.)[10] |
sunting |
Sebab yang biasa berlakunya pegun jantung ialah penyakit jantung koronari.[4] Sebab-sebab lain ialah kehilangan darah, kekurangan oksigen, kekurangan kalium, kegagalan jantung, dan senaman yang melampau.[4] Masalah keturunan juga boleh meningkatkan risikonya seperti sindrom QT panjang. Denyutan awal jantung biasanya ialah pemfibrilan ventrikel.[4] Diagnosis ini disahkan apabila tiada nadi.[1] Biarpun pegun jantung boleh disebabkan oleh serangan jantung atau kegagalan jantung, ia bukan perkara yang sama.[12]
Langkah pencegahan termasuklah tidak merokok, mengamalkan gaya hidup yang cergas, dan engekalkan berat badan yang sihat.[5] Rawatan untuk pegun jantung termasuklah pemulihan kardiopulmonari segera (CPR) dan, seandainya perenjat denyutan ada, defibrilasi.[6] Dalam kalangan penakat dan penyintas, pengawalan suhu bersasar boleh mengelokan pemulihan.[13][14] Sebuah implan defibrilator kardioversi boleh diletakkan untuk merendahkan peluang untuk mati akibat keterjadiannya.[5]
In the United States, approximately 535,000 cases occur a year. About 13 per 10,000 people (326,000 or 61%) experience cardiac arrest outside of a hospital setting, while 209,000 (39%) occur within a hospital.[9] Cardiac arrest becomes more common with age. It affects males more often than females.[3] The percentage of people who survive with treatment is about 8%. Many who survive have significant disability. However, many American television programs have portrayed unrealistically high survival rates of 67%.[7]