hematoma biasanya dikaitkan dengan kecederaan otak yang traumatik From Wikipedia, the free encyclopedia
Hematoma subdura (SDH) adalah sejenis pendarahan apabila sekumpulan darah - biasanya dikaitkan dengan kecederaan otak traumatik - berkumpul di antara lapisan dalam dura mater dan mater araknoid dari selaput otak yang mengelilingi otak. Selalunya ia terhasil oleh pengoyakan pada jejambat vena yang melintasi ruang subdura.
Hematoma subdura | |
---|---|
Hematoma subdura ditandai anak panah dengan alihan garis tengah ketara | |
Pengkhususan | Pembedahan saraf, neurologi |
Punca | Kecederaan kepala, alkoholisme, pengurangan tekanan cecair serebrospinal[1][2] |
Usia tia, pengambilan alkohol berlebihan jangka panjang, demensia, kebocoran cecair serebrospinal[3][4] | |
sunting |
Hematoma subdura dapat menyebabkan peningkatan tekanan di dalam tengkorak, yang pada akhirnya dapat menyebabkan mampatan dan kerosakan pada tisu otak yang halus. Hematoma subdura akut sering mengancam nyawa. Hematoma subdural kronik mempunyai prognosis yang lebih baik jika dikendalikan dengan betul.
Sebaliknya, hematoma epidura biasanya disebabkan oleh koyakan di arteri, mengakibatkan penumpukan darah antara dura mater dan tengkorak. Jenis pendarahan otak ketiga, yang dikenali sebagai pendarahan subaraknoid, menyebabkan pendarahan ke ruang subaraknoid antara mater araknoid dan pia mater.
Gejala hematoma subdura mempunyai permulaan yang lebih perlahan daripada hematoma epidura kerana vena yang bertekanan rendah berdarah lebih perlahan daripada arteri. Tanda dan gejala hematoma akut mungkin muncul dalam beberapa minit, jika tidak serta-merta,[5] tetapi juga boleh tertunda hingga dua minggu.[6] Gejala bagi jenis kronik biasanya tertunda hingga lebih tiga minggu selepas kecederaan.[1]
Hematoma subdura lazimnya berlaku akibat kecederaan kepala, di mana perubahan halaju pantas dalam tengkorak boleh meregangkan lalu mengoyakkan vena jambatan. Pendarahan ini yang lebih lazim daripada pendarahan epidura biasanya berlaku akibat kecederaan melalui daya putaran atau linear.[3][2] Ada dakwaan bahawa ia boleh berlaku dalam kes-kes sindrom bayi tergoncang, tetapi ini tiada pembuktian saintifik ketara.[7]
Ia juga lazim ditemui dalam kalangan warga tua dan penghidap gangguan penggunaan alkohol dengan bukti atrofi serebrum.[1] Atrofi serebrum memanjangkan lagi vena jejambat untuk merentasi antara lapisan meninges lalu menambahkan risiko koyakan.[8] Ia juga lebih biasa dalam kalangan pengambil antikoagulan atau ubat antiplatelet seperti warfarin dan aspirin, masing-masing.[1] Orang yang menggunakan ubat ini boleh mengalami hematoma subdura selepas peristiwa trauma yang agak kecil. Penyebab lain termasuk pengurangan tekanan cecair serebrospinal yang boleh mengurangkan tekanan dalam ruang subaraknoid, menarik araknoid dari dura mater dan membawa kepada pecah salur darah.[9]
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko hematoma subdura termasuk usia sangat muda atau tua. Apabila otak mengecut dengan usia, ruang subdura membesar dan vena yang melintasi ruang mesti meliputi jarak yang lebih luas, menjadikan mereka lebih terdedah kepada koyakan. Orang tua juga mempunyai lebih banyak saluran yang rapuh, menjadikan pendarahan subdura kronik lebih biasa.[10] Bayi juga mempunyai ruang subdural yang lebih besar dan lebih terdedah kepada pendarahan subdura berbanding orang dewasa muda.[3] Ada didakwa bahawa hematoma subdural ialah suatu penemuan biasa dalam sindrom bayi tergoncang, tetapi ini tidak ada pembuktian saintifik.[7] Bagi remaja, sista araknoid ialah satu faktor risiko.[11]
Faktor risiko lain termasuk pengambilan antikoagulan, pengambilan alkohol berlebihan jangka panjang, demensia dan kebocoran cecair serebrospinal.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.