genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Sepit udang atau Pisang Kaki ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Heliconia. Genus ini genus tunggal dalam keluarga Heliconiacae dan mempunyai kira-kira 194 spesies diketahui[3] yang tumbuh asal di kawasan tropika benua-benua Amerika dan Maluku, Indonesia ke kepulauan barat Lautan Pasifik.[2]
Sepit udang | |
---|---|
Perbungaan Heliconia latispatha | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Klad: | Komelinid |
Order: | Zingiberales |
Keluarga: | Heliconiaceae Vines[1] |
Genus: | Heliconia L. |
Sinonim[2] | |
|
Ia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik tetapi tidak mempunyai bau. Walau bagaimanapun, pokok yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Nama genus Heliconia diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1771 daripada kata bahasa Yunani Purba Ἑλικώνιος Helikṓnios daripada Gunung Helikon di Yunani.[4]
Ia dahulunya dimasukkan di bawah keluarga Musaceae.[5]
|
|
Beberapa kultivar telah dipilih bagi tanaman laman, termasuk:
Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.
Helai daunnya berbentuk ringkas dan lonjong dengan ukuran sepanjang 15-300 sm. Daun-daun pokok sepit udang disusun berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding tangkai dan seringkali membentuk rimbunan apabila tua.[6]
Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung.
Kuntum-kuntum sepit udang mengeluarkan madu yang banyak, madu ini sumber makanan penting kepada kelicap hutan[6][7] yang turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.
Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan. Bunga H. psittacorum, atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hita, menyerupai bulu burung Nuri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.