Harley-Davidson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Harley-Davidson (NYSE: HOG, dahulunya HDI[1]), juga dikenali dengan singkatan H-D atau Harley, ialah sebuah pengeluar motosikal Amerika Syarikat. Ditubuhkan di Milwaukee, Wisconsin pada dekad pertama abad ke-20, ia merupakan salah satu daripada dua pengeluar motosikal terbesar di AS yang berjaya menempuh Kemelesetan Besar.[2] Harley-Davidson juga mengharungi zaman kemerosotan kawalan mutu dan persaingan daripada syarikat motosikal Jepun.[3]
Fail:Harley-Davidson.svg | |
Jenis/bentuk sah | Public company |
---|---|
Didagangkan sebagai | NYSE: HOG S&P 500 Component |
ISIN | US4128221086 |
Industri | Kejuruteraan mekanik, industri automotif |
Ditubuhkan | 1903 |
Pengasas | William S. Harley Arthur Davidson Walter Davidson William A. Davidson |
Ibu pejabat | Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat |
Tokoh penting | Keith E. Wandell, KPE |
Keluaran | Motosikal |
Anak syarikat | LiveWire, Buell Motorcycle Company |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat ini memasarkan motosikal berat (lebih 750 cc) yang direka untuk perjalanan di atas lebuh raya. Motosikal Harley-Davidson (atau "Harley") mempunyai rekabentuk dan ekzos yang menonjol, apatah lagi dikenali terutamanya dengan amalan pengubahsuaian besar-besaran yang melahirkan gaya motosikal chopper.[4]