From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Keharmonian Kaum di Singapura merupakan sambutan untuk meraikan kejayaan sebagai sebuah negara berdaulat yang harmoni berbilang kaum dan agama. Disambut pada 21 Julai setiap tahun, dengan kebanyakan aktiviti diatur oleh pelbagai sekolah dan organisasi akar umbi, termasuk kumpulan agama.[1]
Pertama kali disambut pada tahun 1997 oleh Kementerian Pendidikan Singapura di peringkat sekolah-sekolah, acara ini bagi memperingati Rusuhan kaum Singapura 1964 yang berlaku pada 21 Julai 1964 ketika Singapura masih menjadi sebahagian daripada Malaysia (1963-1965) - dilaporkan seramai 22 orang kehilangan nyawa dan ratusan cedera mengalami cedera parah. Terdapat pelbagai rusuhan yang lain sepanjang tahun 50-an dan 60-an menjelang dan selepas kemerdekaan Singapura pada bulan Ogos 1965.[2]
Hari Keharmonian Kaum sejak itu memperluas jangkauannya. Hari ini, organisasi akar umbi seperti Persatuan Rakyat (Singapura) dan Majlis Pembangunan Masyarakat juga terlibat.[3][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.