From Wikipedia, the free encyclopedia
Puan Haniza binti Mohamed Talha (lahir pada 12 November 1962) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Lembah Jaya selama sepenggal (2018-2023), mantan EXCO Selangor (2018-2020), mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor (2008-2013) dan mantan ADUN Taman Medan selama dua penggal (2008-2018).
Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. (Disember 2022) |
Haniza binti Mohamed Talha SMS (Selangor) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Selangor N20 Lembah Jaya | |
Dalam jawatan 09 Mei 2018 – 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Khasim Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Altimet |
Majoriti | 14,790 (PRU-14) |
Timbalan Presiden I Parti Bangsa Malaysia | |
Dalam jawatan 7 Januari 2022 – 27 Disember 2022 | |
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad | |
Dalam jawatan 2 April 2021 – 20 Julai 2022 | |
Didahului oleh | Hasbullah Osman |
Digantikan oleh | Mohd Nizar Zakaria |
Setiausaha Wanita Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 7 Ogos 2020 – 7 Januari 2022 | |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 09 Mei 2018 – 11 Julai 2020 | |
Didahului oleh | Iskandar Abdul Samad |
Digantikan oleh | Rodziah Ismail |
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 20 April 2008 – 20 Jun 2013 | |
Speaker | Teng Chang Kim |
Didahului oleh | Mohamed Satim Diman |
Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Taman Medan | |
Dalam jawatan 08 Mac 2008 – 05 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Ab Wahab Ibrahim |
Digantikan oleh | Syamsul Firdaus Mohamed Supri |
Majoriti | 4,433 (PRU-13) 3,731 (PRU-12) |
Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 18 November 2018 – 14 April 2020 (digantung kemudian keluar parti) | |
Didahului oleh | Zuraida Kamaruddin |
Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
Timbalan Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2014 – 18 November 2018 | |
Digantikan oleh | Dr. Daroyah Alwi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Haniza binti Mohamed Talha 12 November 1962 Batu Gajah, Perak |
Parti politik | Parti Bangsa Malaysia (2022–kini) BERSATU (2020–2022) PKR (2008–2020) |
Pasangan | Shahrudin Omar |
Bapa | Mohamed Talha |
Pendidikan | Jurusan seni bina |
Alma mater | Universiti Sheffield, United Kingdom |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Ahli seni bina Penterjemah |
Haniza binti Mohamed Talha dilahirkan di Batu Gajah, Perak pada 12 November 1962. Beliau mendapat pendidikan awal di Perak dan Pulau Pinang, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan seni bina di Universiti Sheffield, United Kingdom.
Beliau pernah bertugas sebagai penterjemah dan penulis di laman web Malaysia Today.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008, beliau telah dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi kawasan Taman Medan, Selangor, sehingga tahun 2013. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2008, lalu menjadi wanita pertama memegang jawatan itu.
Haniza juga pernah menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). Dalam Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Haniza merupakan Ketua Wanita Keadilan Negeri Selangor.[1]
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Shahrudin Omar dan dikurniakan tujuh orang anak.[perlu rujukan]
Semasa beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selama 26 bulan, isu-isu utama seperti Isu kemiskinan, terutamanya kemiskinan bandar serta green initiatives diberi penekanan.
Pada tahun 2008 sehingga 2017, ketika menjadi seorang ADUN Taman Medan, beliau telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang perkhidmatan beliau.
Sebagai wakil rakyat Haniza amat disegani dengan keprihatinannya menangani isu-isu masyarakat setempat di Taman Medan. Beliau amat prihatin dengan kebajikan warga emas dengan melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan bersama mereka, termasuk Skim Mesra Usia Emas dan program Jom Shopping.
Golongan OKU turut disantuni beliau melalui pemberian kad kesihatan percuma dan penyediaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti 'ramp' untuk kerusi roda, dan kawasan parkir khas di Pusat Khidmat Rakyat Taman Medan.
Di dalam sektor pendidikan, beliau banyak mengusahakan bantuan kepada sekolah-sekolah termasuk SJK(C) Chen Moh, SJK(C) Yuk Chun, SRA Ibnu Rushd dan KAFA Integrasi.
Untuk menjaga kebajikan anak muda, Haniza berjaya mewujudkan Dataran Anak Muda untuk kemudahan sukan dan rekreasi belia. 'Homework Room' dibina untuk membantu anak-anak penduduk melakukan tugasan akademik sambil dipantau oleh petugas-petugas sukarelawan. Haniza juga mengambil berat tentang pembinaan remaja yang seimbang, dengan melaksanakan Program Pelajar Progresif Taman Medan dan Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).
Pelantikan Haniza sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor pada tahun 2008 telah mencatat sejarah di negara Malaysia sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan itu di mana-mana negeri. Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 20 April 2008.
Pencapaian Haniza ini disebut sebagai menjadi kebanggaan golongan wanita terutamanya di Taman Medan, samaada daripada partinya sendiri mahupun parti Barisan Nasional (BN).[2]
Haniza menjuarai desakan rakyat Taman Medan untuk menghapuskan tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di PJS2. Tol ini yang mengenakan bayaran sebanyak RM1.60 dikatakan membebankan penduduk yang menjadikan NPE sebagai laluan utama. Tol itu juga dikatakan telah menyebabkan kesesakan dan kemalangan di kawasan tersebut. Melalui sidang media yang dibuat di pejabatnya pada 7 Mei 2008, Haniza telah mendesak kerajaan pusat meneliti isu ini.
Desakan ini turut disokong oleh penduduk setempat (termasuk mereka daripada parti UMNO) yang mengadakan tunjuk perasaan pada 7 Februari 2009.
Usaha-usaha desakan ini membuahkan hasil pada 14 Februari 2009 apabila kerajaan pusat bersetuju memansuhkan tol di jalan berkenaan, di lorong yang menghala ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun tol di lorong menghala Subang Jaya dan Kelana Jaya dikekalkan.
Haniza meneruskan usahanya melobi kerajaan pusat untuk memansuhkan tol di kedua-dua lorong kerana menurutnya, masalah kesesakan dan keselamatan tidak selesai dengan penutupan hanya sebuah lorong.
Akhirnya pada 17 Februari 2001 kerajaan pusat mengumumkan pengurangan tol di lebuh raya itu yang menghala ke Subang Jaya dan Kelana Jaya, daripada RM1.60 kepada RM1.00.
NPE adalah sepanjang 19.5 kilometer, dibuka sejak 30 April 2004. Ia bernilai RM1.2 bilion dan dikendalikan oleh syarikat konsesi New Pantai Express Way Sdn Bhd.
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-14 bertarikh 9 Mei 2018, Haniza berjaya merampas kerusi Dewan Negeri Lembah Jaya, Selangor dari PAS. Beliau memperoleh undi 22,512 dan menang dengan majoriti 14,790 undi menewaskan tiga calon lain - seorang daripada parti Barisan Nasional, seorang daripada parti PAS yang juga penyandang pada penggal sebelumnya, Khasim Abdul Aziz dan seorang lagi calon Parti Rakyat Malaysia.
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-13 bertarikh 5 Mei 2013, Haniza mempertahankan Dewan Negeri Taman Medan, Selangor melawan empat orang calon lain - seorang daripada parti Barisan Nasional (BN), seorang daripada parti KITA dan dua lagi sebagai calon bebas. Keputusannya Haniza telah memenangi pertandingan ini dengan meraih sebanyak 20,478 undi (bersamaan 3,731 undi majoriti)[3], menunjukkan beliau telah berjaya memenangi kepercayaan penduduk Taman Medan yang diwakilinya pada penggal sebelumnya.
Pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun 2008, Haniza berjaya merampas kerusi Dewan Negeri Taman Medan, Selangor dari BN. Beliau memperoleh undi 16,803 undi dan menang dengan majoriti 4,433 undi menewaskan calon dari BN, Munaliza Hamzah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.