From Wikipedia, the free encyclopedia
Haider Jawad Kadhim Al-Abadi (atau al-'Ibadi; Arab: حيدر جواد كاظم العبادي , dilahirkan pada 25 April 1952) merupakan seorang ahli politik dari Iraq yang dipilih sebagai Perdana Menteri Iraq sejak September 2014. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Komunikasi Iraq dari tahun 2003 hingga 2004 ketika pentadbiran peralihan selepas penggulingan kuasa Saddam Hussein.
Haider al-Abadi | |
---|---|
حيدر العبادي | |
Perdana Menteri Iraq ke-48 | |
Memegang jawatan 8 September 2014 | |
Presiden | Fuad Masum |
Didahului oleh | Nouri al-Maliki |
Pemimpin Islamic Dawa Party | |
Memegang jawatan 8 September 2014 | |
Didahului oleh | Nouri al-Maliki |
Timbalan pemimpin Islamic Dawa Party | |
Dalam jawatan 15 Januari 2007 – 8 September 2014 | |
Didahului oleh | Nouri al-Maliki |
Digantikan oleh | Baha Araji |
Menteri Komunikasi Iraq | |
Dalam jawatan 1 September 2003 – 1 Jun 2004 | |
Didahului oleh | Muhammad Saeed al-Sahhaf |
Digantikan oleh | Muhammad Ali Hakim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Haider Jawad Kadhim Al-Abadi 25 April 1952[perlu rujukan] Baghdad, Iraq |
Parti politik | Islamic Dawa Party |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Teknologi Iraq Universiti Victoria Manchester |
Laman web rasmi | www |
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Iraq, Fuad Masum pada 11 Ogos 2014 menggantikan Nouri al-Maliki[1] dan diperkenan oleh Parlimen Iraq pada 8 September 2014.[2]
Ayah Haider al-Abadi ialah pengamal perubatan di Hospital Neurologi Baghdad dan Ketua Inspektor Kementerian Kesihatan Iraq tetapi terpaksa bersara pada tahun 1979 kerana ketidaksepakatan dengan ketua pemerintah ketika itu dan meninggal dunia di luar negara.[3] Al-Abadi, juga mahir bertutur di dalam bahasa Inggeris, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah pada tahun 1970 di Sekolah Menengah Markaziyah Al-Azhar, Baghdad (Arab: الإعدادية المركزية ). sehingga tahum 1975, kemudian beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Iraq dan Universiti Baghdad.[4] Pada tahun 1980, beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Victoria, Manchester, England.[5]
Al-Abadi menyertai Parti Dawa pada tahun 1967. Dua orang saudaranya telah dibunuh dan seorang lagi juga telah dibunuh ketika di dalam penjara 1980, 1981, dan 1982 disabitkan sebagai tahanan politik. Pada tahun 1981, abangnya ditangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun. Pada tahun 1977, beliau menjadi ketua parti semasa belajar di London.[6] Pada tahun 1979, beliau menjadi ahli kepimpinan eksekutif Parti Dawa.[7] Pada tahun 1983, pihak kerajaan telah merampas pasport al-Abadi kerana didakwa bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk melawan Parti Sosialis Arab Ba'ath - Wilayah Iraq / Parti Ba'ath.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.