Haganah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Haganah ( Ibrani: הַהֲגָנָהcode: he is deprecated ha-Haganah, yang bermaksud 'Pertahanan' ) ialah pertubuhan paramilitari Zionis utama yang beroperasi untuk Yishuv dalam Mandat British untuk Palestin . [2] Ia ditubuhkan pada tahun 1920 untuk mempertahankan kehadiran Yishuv di kawasan tersebut. Haganah secara rasmi dibubarkan pada tahun 1948 dan menjadi asas kepada Pasukan Pertahanan Israel sejerus selepas Pengisytiharan Kemerdekaan Israel.
Haganah | |
---|---|
הַהֲגָנָהcode: he is deprecated | |
![]() | |
Aktif | 1920–1948 |
Dibubarkan | 28 May 1948 |
Negara | ![]() |
Kesetiaan | ![]() |
Jenis | Paramilitari |
Peranan | Pertahanan Yahudi Palestin di Mandatori British |
Saiz | 21,000 (average)[1] |
Pertempuran |
|
Dibentuk daripada militan yang telah sedia ada, tujuan asal Haganah adalah untuk mempertahankan penempatan Yahudi daripada serangan Arab; ini berlaku semasa rusuhan Nebi Musa 19290, rusuhan Jaffa 1921, rusuhan Palestin 1929, rusuhan Jaffa 1936, dan pemberontakan Arab 1936-1939 di Palestin, dan lain-lain. Pasukan paramilitari ini berada di bawah kawalan Agensi Yahudi, badan kerajaan rasmi yang menguruskan komuniti Yahudi di Palestin semasa era British. Sehingga akhir Perang Dunia II, aktiviti Haganah adalah sederhana, selaras dengan dasar strategik havlagah (bermaksud 'pengawalan diri'), yang menyebabkan pemisahan daripada paramilitari yang lebih radikal: Irgun dan Lehi. Militan Haganah menerima sokongan ketenteraan secara rahsia dari Poland dan berusaha untuk bekerjasama dengan United Kingdom sekiranya berlaku pencerobohan yang dipimpin Kuasa Paksi ke atas Palestin melalui Afrika Utara, yang mendorong penubuhan Palmach, pasukan tempur elit mereka, pada tahun 1941.
Selepas tamat Perang Dunia II, British enggan menarik balik sekatan ke atas imigrasi Yahudi yang mereka tetapkan melalui Kertas Putih 1939. Ini menyebabkan Haganah memimpin pemberontakan Yahudi terhadap pihak berkuasa British di Palestin; kempen ini termasuk pengeboman jambatan, landasan kereta api, dan kapal oleh pasukan paramilitari untuk menghalang penghalauan imigran Yahudi haram, serta membantu membawa lebih ramai Yahudi diaspora ke Palestin walaupun bertentangan dengan polisi British. Selepas menerima pakai Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin pada tahun 1947, Haganah muncul sebagai pasukan tempur terbesar dalam kalangan orang Yahudi Palestin, berjaya mengalahkan militan Arab semasa Perang Saudara Palestin. Tidak lama selepas permulaan Perang Arab-Israel 1948, Haganah digabungkan dengan kumpulan paramilitari lain dan disusun semula menjadi pasukan tentera rasmi Negara Israel.