From Wikipedia, the free encyclopedia
Habanero (/ˌhɑːbəˈnɛroʊ/; Sebutan Sepanyol: [aβaˈneɾo]) adalah sejenis cili. Apabila digunakan dalam bahasa Inggeris, ia kadang-kadang dieja dan disebut habañero,[1] tilde ditambah sebagai hiperforeignisme mencontohi jalapeño. Habaneros yang belum matang berwarna hijau, dan berubah warna apabila matang. Warna biasa ialah oren dan merah, tetapi putih, coklat, kuning, dan merah jambu juga boleh didapati. Biasanya, cili habanero matang adalah 2–6 cm (0.8–2.4 in) panjang. Cili habanero adalah sangat pedas, diberi nilai 100,000-350,000 pada skala Scoville.[2]
Habanero | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Spesies | Capsicum chinense | ||||||
Kultivar | 'Habanero' | ||||||
|
Nama ini bermaksud "seseorang atau sesuatu dari La Habana, atau seperti yang dikenali dalam bahasa Melayu, Havana (fonetik "b" dan "v" boleh ditukar ganti dalam Bahasa Sepanyol). Kerana nama Sepanyol "La Habana" mengandungi "n" normal dan bukannya "ñ", nama lada mengandungi "n" juga.
Cili habanero berasal dari rantau Amazonas, dan dari sana ia disebarkan melalui Mexico.[3] Spesis habanero domestik, yang boleh dijejak tarikhnya pada usia 8,500 tahun, ditemui di sebuah tapak penggalian arkeologi di Peru.[4] Buah utuh habanero tanaman, dijumpai di dalam tahap sebelum seramik di Gua Guitarrero di kawasan tanah tinggi Peru, bertarikh 6500 SM.
Habanero kemudiannya dibawa utara ke Caribbean melalui Colombia. Setelah diketahui oleh orang Sepanyol, cili habanero dengan pantas disebarkan ke lain-lain kawasan iklim sederhana di dunia, ke tahap abad ke-18 apabila ahli taksonomi tersalah anggap China sebagai tempat asalnya dan memanggilnya Capsicum chinense ("lada Cina").[5][6][7]
Hari ini, pengeluar terbesar habanero ialah Semenanjung Yucatan Mexico.[8] Habanero merupakan sebahagian makanan Yucatecan. Cili habanero mengiringi kebanyakan hidangan di Yucatan, sama ada dalam bentuk utuh atau bentuk purée/salsa. Pengeluar moden yang lain termasuk Belize, Panama, Costa Rica, Colombia, Ecuador, dan bahagian-bahagian Amerika Syarikat, termasuk Texas, Idaho, dan California. Sementara Mexico adalah pengguna terbesar bahan pedas ini, rasa dan aromanya telah menjadi semakin popular di seluruh dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.