From Wikipedia, the free encyclopedia
HAL Twin Engine Deck Based Fighter (TEDBF) adalah sebuah pesawat tempur pelbagai peranan bersayap delta kanard, enjin berkembar dan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat yang kini sedang dibangunkan untuk Tentera Laut India. TEDBF direka dan dibangunkan oleh Aeronautical Development Agency (ADA), dan akan dikeluarkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL).[1] TEDBF bertujuan untuk melaksanakan multi misi termasuk penguasaan udara, pemintasan udara, anti akses/penafian kawasan (A2/AD), peperangan anti kapal (ASW) dan peperangan elektronik (EW).[1] TEDBF dijangka akan mengantikan pesawat Mikoyan MiG-29K di atas INS Vikramaditya dan INS Vikrant.[2][1]
Twin Engine Deck Based Fighter | |
---|---|
Sebuah model pesawat HAL TEDBF dipamerkan di Aero India 2021 | |
Peranan | Pesawat tempur pelbagai peranan di atas kapal pengangkut pesawat |
National origin | India |
Pengeluar | Hindustan Aeronautics Limited |
Kumpulan pereka | Aeronautical Development Agency Hindustan Aeronautics Limited Defence Research and Development Organisation |
Status | Dalam pembangunan |
Dibangunkan daripada | HAL Tejas |
Program ini secara rasminya diumumkan pada tahun 2020, sebagai respon terhadap kekecewaan Tentera Laut India dalam menggunakan pesawat pejuang berenjin tunggal yang beroperasi di atas kapal berdasarkan rekabentuk HAL Tejas, dan akhirnya dikeluarkan daripada program LCA untuk tentera laut pada tahun 2016. Sebuah model pesawat ini telah dipamerkan di Aero India pada tahun 2021.[3] Penerbangan sulung dijangka pada tahun 2026,[4][5][6] dan pengeluaran bermula pada tahun 2031.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.