![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/77/Renown-7.jpg/640px-Renown-7.jpg&w=640&q=50)
HMS Repulse (1916)
From Wikipedia, the free encyclopedia
HMS Repulse (1916) ialah sebuah kruiser tempur British dibina John Brown and Company, Clydebank, Scotland untuk Tentera Laut Diraja British. Ia pada asalnya bertujuan sebagai unit kapal tempur kelas Revenge, tetapi diarah mengubah reka bentuk semasa tempoh pembinaannya. Ia turut direka untuk menghadapi Pertempuran Jutland dalam Perang Dunia Pertama namun tidak berkesempatan saat dilancarkan pada 1916, maka kapal ini dimasukkan dalam Armada Besar - (Grand Fleet) sebagai kapal pemerintah bagi Skuardon kruiser tempur 1, United Kingdom pada September tahun sama.
![]() HMS Repulse pada 1920-an | |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | HMS Repulse |
Dipesan: | 30 Disember 1914 |
Pembina: | John Brown & Company, Clydebank, Scotland |
Dibaringkan: | 25 Januari 1915 |
Dilancarkan: | 8 Januari 1916 |
Ditauliah: | 18 Ogos 1916 |
Moto: |
|
Takdir: | Karam akibat serangan udara Jepun di Tanah Melayu pada 10 Disember 1941 |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kruiser tempur kelas Renown |
Sesaran: | 31,592 tan |
Panjang: | 794 ka 2.5 in (242.075 m) |
Lunas: | 89 ka 11.5 in (27.419 m) |
Draught: | 29 ka 8 in (9.04 m) |
Jana kuasa: | Turbin pacuan langsung, 4 aci, 112,000 hp (83.5 MW) |
Halaju: | 31.7 knot (59 km/j) |
Jarak: | 3,650 batu |
Anak kapal: | 1,181 pegawai dan kelasi |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 4 × Blackburn Shark, digantikan dengan Fairey Swordfish pada 1939 |
Kemudahan penerbangan: | 1 pelancar dua-hujung |
Semasa Perang Dunia Kedua yang berlangung berdekad-dekad kemudian, kapal ini digunakan untuk menyekat kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Namun, kapal ini diserang pengebom Jepun sehingga dikaramkan bersama-sama HMS Prince of Wales berdekatan pesisiran antara Pahang dan Terengganu, Tanah Melayu British pada 10 Disember 1941.