From Wikipedia, the free encyclopedia
Armada Besar (Grand Fleet) adalah armada utama Royal Navy (Tentera Laut Diraja British) semasa Perang Dunia I.
Armada Besar | |
---|---|
Aktif | 1914–1919 |
Negara | United Kingdom |
Cawangan | Royal Navy |
Jenis | Armada |
Saiz | ~160 kapal |
Pertempuran | Pertempuran Jutland |
Komander | |
Panglima Armada Besar 1914–1916 | Sir John Jellicoe |
Panglima Armada Besar 1916–1919 | Sir David Beatty |
Ditubuhkan pada Ogos 1914 daripada Armada Pertama dan elemen-elemen Armada Kedua dari Armada Utama (Home Fleet), Armada Besar merangkumi 25–35 buah kapal utama yang terbaru. Ia pada mulanya diperintah oleh Laksamana Sir John Jellicoe.[1] Beliau telah digantikan oleh Laksamana Sir David Beatty pada Disember 1916.[2]
Armada Besar mula-mula berpangkalan di Scapa Flow, Pulau Orkney dan kemudian di Rosyth, Muara Forth. Ia mengambil bahagian dalam peperangan terbesar armada – iaitu Pertempuran Jutland – pada Jun 1916.[1]
Pada April 1919 Armada Besar telah dibubarkan dan kebanyakan kekuatannya membentuk Armada Atlantik yang baharu.[3]
Tidak semua Armada Besar boleh didapati di laut pada satu-satu masa, kerana kapal memerlukan penyelenggaraan dan pembaikian. Semasa Pertempuran Jutland pada Mei 1916, ia mempunyai 32 buah kapal dreadnought dan super-dreadnought. Hanya 28 daripadanya berada dalam Senarai tempur di Jutland.
Senarai tempur Armada Besar pada pengakhiran Perang Dunia I tampil dalam Arahan Tentera Laut 24 Oktober 1918.[4]
Kekuatan sebenar armada berubah-ubah sepanjang peperangan sambil kapal baru dibina dan yang lain tenggelam, tetapi jumlah kapal tempur semakin meningkat sewaktu perang berkembang dan margin superioriti ke atas armada Jerman juga bertambah. Selepas United States memasuki peperangan, Divisyen 9 Kapal Tempur Amerika telah diserapkan ke Armada Besar sebagai Skuadron Tempur Ke-6, menambah 4, dan kemudian 5, kapal tempur dreadnought.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.