![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/dd/Guzheng.jpg/640px-Guzheng.jpg&w=640&q=50)
Guzheng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Guzheng (Bahasa Cina: 古箏code: zh is deprecated ; pinyin: gǔzhēng; secara harfiahnya "zheng lama") ialah sejenis alat muzik bertali yang lazim dalam budaya orang Cina. Ia berbadan panjang 1.6 meter dengan rongga diperbuat daripada kayu Paulownia serta dipasangkan dengan 21, 25 atau 26 utas tali yang terengang.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/dd/Guzheng.jpg/640px-Guzheng.jpg)
Ia ditala dalam skala pancanada (pentatonik) major. Ia sering dimainkan dengan suatu pemetik daripada bahan lama seperti cengkerang dan gading tetapi malah juga bahan seperti plastik.
Binaan tertua alat ini dijumpai pada 500 SM semasa Zaman Negeri-Negeri Berperang,[1] ia kemudiannya menjadi masyhur semasa zaman Dinasti Qin antara 221 hingga 206 SM.