Gurun Sahara
bukit pasir / From Wikipedia, the free encyclopedia
Gurun Sahara (Arab: الصحراء الكبرىcode: ar is deprecated , aṣ-ṣaḥrāʼ al-kubrá, 'Gurun Terbesar') dengan keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) merupakan gurun panas terbesar di dunia, dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika. Sahara terletak di Afrika Utara dan berkemungkinan setua 2.5 juta tahun. Nama Sahara berasal daripada perkataan Arab - (صحراء (bantuan·maklumat)) - yang bermaksud "padang pasir".[1]
Untuk kegunaan lain, sila lihat Sahara (nyahkekaburan).
Lautan Atlantik terletak di barat Sahara manakala Pergunungan Atlas serta Laut Mediterranean terletak di utara. Laut Merah dan Mesir terdapat di timur dan Sudan serta lembah Sungai Niger boleh ditemui di selatan Sahara.
Sahara membahagikan benua Afrika kepada rantau utara dan pinggirnya.