![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/38/Pacaya_erupting_in_1976.jpg/640px-Pacaya_erupting_in_1976.jpg&w=640&q=50)
Gunung berapi Pacaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung berapi Pacaya terletak di negara Guatemala, Amerika Tengah memuntahkan lava, batu dan debu mulai hari Khamis , 27 Mei 2010. Setakat ini 2 orang terbunuh dan 50 orang cedera akibat terkena muntahan gunung berapi. Tiga kanak-kanak masih hilang. Gereja San Vicente de Pacaya turut terjejas. Lava berterbangan setinggi 2500 meter.
Pacaya | |
---|---|
![]() Letusan Pacaya pada 1976 | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,552 m (8,373 ka) |
Senarai | Senarai gunung berapi di Guatemala |
Geografi | |
Lokasi | Escuintla, Guatemala |
Geologi | |
Usia batuan | 0-23,000 |
Jenis gunung | Gunung berapi kompleks |
Letusan terakhir | 2010 |
Kali terakhir meletup pada 1966.Tinggi gunung ini 8373 kaki. Pada 1998 dua kali mengeluarkan debu dan menjejaskan operasi lapangan terbang. Lembaga Pelancongan Guatemala menyatakan terdapat 33 buah gunung berapi di Guatemala.
Debu setebal 7cm di semua kawasan dan bumbung rumah. Manakala rumah-rumah berdekatan ditimba batu-batu berapi.Lapangan terbang terpaksa ditutup kerana membahayakan penerbangan.
Chicago Tribune melaporkan seorang wartawan televisyen, Anibal Archila terbunuh ketika sedang membuat laporan gunung berapi itu.
Presiden Guatemala Alvaro Colom mengisytiharkan darurat di wilayah Escuintla bagi memastikan keselamatan penduduk dan mengelakkan kecurian. Hampir 17,000 penduduk dipindahkan, kira-kira 30 km di selatan ibu negara Bandar Guatemala.
Gustavo Chigna , pakar gunung berapai dari Institut Seismologi Guatemala menyatakan debu gunung berapi luruh cepat ke bumi, tidsak seperti Gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland. [1]