![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bb/WakakusaYama.jpg/640px-WakakusaYama.jpg&w=640&q=50)
Gunung Wakakusa
gunung di Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Wakakusa (若草山code: ja is deprecated , Wakakusa-yama), juga dikenali sebagai Gunung Mikasa (三笠山 Mikasa-yama), ialah sebuah gunung berketinggian 342 meter (1,122 ka) yang terletak di timur Taman Nara di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun. Nama gunung tersebut secara harfiahnya bermaksud "rumput muda". Gunung tersebut ditutup dari 12 Disember hingga 17 Mac dan tidak boleh dimasuki.
Gunung Wakakusa | |
---|---|
若草山 | |
![]() | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 342 m (1,122 ka) [1] |
Senarai | Gunung di Jepun |
Koordinat | 34°41′28″N 135°51′15″E [1] |
Geografi | |
Lokasi | Nara, Jepun |
Induk banjaran | Pergunungan Kasagi [ja] |
Pada hari Sabtu keempat setiap Januari, rumput mati di Gunung Wakakusa dibakar dalam perayaan tahunan yang dikenali sebagai Yamayaki (山焼き secara harfiah "pembakaran gunung").[2] Tradisi ini kononnya berasal dari pertikaian sempadan antara dua kuil, Tōdai-ji dan Kōfuku-ji pada tahun 1760; selepas pengantaraan gagal, seluruh gunung itu dibakar. Penjelasan lain menunjukkan bahawa pembasmian babi hutan atau haiwan perosak lain ialah tujuan asal. Perayaan tersebut kini dimulakan dengan upacara menyalakan api oleh wakil kedua-dua kuil, diikuti dengan pertunjukan bunga api. Perayaan tesebut kadangkala ditangguhkan atau dibatalkan kerana cuaca buruk atau semasa perang.