![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f3/Dean_Franklin_-_06.04.03_Mount_Rushmore_Monument_%2528by-sa%2529-3_new.jpg/640px-Dean_Franklin_-_06.04.03_Mount_Rushmore_Monument_%2528by-sa%2529-3_new.jpg&w=640&q=50)
Gunung Rushmore
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Rushmore (bahasa Inggeris: Mount Rushmorecode: en is deprecated ) atau nama penuhnya Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore (bahasa Inggeris: Mount Rushmore National Memorialcode: en is deprecated ) merupakan sebuah gunung yang unik dan terkenal yang terletak di Keystone, Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Di situ terdapat ukiran kepala patung di bahagian permukaan batu granit pada gunung itu. Monumen sepanjang 60 kaki (18 meter) ini diukir oleh anak-beranak keturunan Denmark, Gutzon Borglum dan Lincoln Borglum,[1][2] memaparkan kepala empat orang bekas Presiden Amerika Syarikat (dari kiri ke kanan):[3]
Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore | |
---|---|
ميموريال کبڠساٴن ݢونوڠ راشمور Mount Rushmore National Memorial | |
IUCN Kategori V (Pandangan darat/laut yang dilindungi) | |
![]() Monumen Gunung Rushmore seperti yang dilihat dari plaza melihat. | |
Lokasi | Kaunti Pennington, Dakota Selatan, Amerika Syarikat |
Bandar raya terdekat | Keystone |
Luas | 1278.45 ekar (5.17 km2) |
Ditubuhkan | 3 Mac 1925 |
Pelawat | 14,757,971 (pada 2010) |
Badan pentadbir | Perkhidmatan Taman Negara |
sunting ![]() |
Keseluruhan memorial ini meliputi kawasan seluas 1,278.45 ekar (5.17 km2)[4] dan ia berada pada ketinggian 5,725 kaki (1,745 m) dari aras laut.[5] Tempat tersebut telah menarik lebih dari dua juta orang setiap tahun.[6]