Gunung Gula Jantung
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Gula Jantung (Portugis: Morro do Pão de Açúcarcode: pt is deprecated ) adalah sebuah puncak pada semenanjung yang mengadap Lautan Atlantik di mulut Teluk Guanabara berdekatan pantai Rio de Janeiro, Brazil. Ketinggiannya adalah 396 meter (1.299 kaki) di atas pelabuhan. Namanya diberikan dari rupanya mirip timbunan gula jantung (pão de açúcar) yang sering didapati pada zaman penjajahan Portugis menakluk tanah Brazil sebagai tempat menanam tebu dan mengskport bahan hasil tuaiannya; ada juga yang berpendapat ia dari ungkapan bahasa Tupí pau-nh-açúquã yang bererti "puncak terasing".[1]
Tempat ini memainkan peranan penting dalam penubuhan Rio de Janeiro kerana kedudukannya yang strategik sebagai mercu tanda yang boleh menarik perhatian kapal yang hendak berlabuh serta mampu memberi perlindungan daripada serangan luar.[2] Gunung ini terangkum dalam kawasan Tugu Kebangsaan Puncak Gula Jantung dan Urca yang ditubuhkan sebagai suatu taman negara pada 2006, ia menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012.[3]