![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Mt_erebus.jpg/640px-Mt_erebus.jpg&w=640&q=50)
Gunung Erebus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Erebus /ˈɛrᵻbəs/ merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Antartika (selepas Gunung Sidley) dan merupakan gunung berapi aktif terselatan di Bumi. Ketinggiannya ialah 3,794 meter (12,448 ka) dan ia terletak di Pulau Ross. Gunung Erebus ditemui pada 27 Januari 1841 (pada ketika itu sedang meletus) oleh James Clark Ross.[1] Ia dinamakan sempena nama kapal beliau.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Mt_erebus.jpg/320px-Mt_erebus.jpg)
Ia mula-mula didaki sehinga ke tepi puncak kawahnya pada tahun 1908 oleh Sir Ernest Shackleton beserta kumpulan.