Gunting bin Lagadan ialah seorang malim gunung terawal Gunung Kinabalu yang berbangsa Dusun dari Bundu Tuhan. Gunting bersama Lemaing merupakan orang Dusun pertama yang membawa Hugh Low, Setiausaha Jajahan Mahkota Labuan pada pertengahan 1800-an.[1] John Whitehead, ahli zoologi yang menemui dua spesies burung Kinabalu merupakan orang yang pertama sampai ke puncak pada tahun 1888 berdasarkan rekod rasmi. Walau bagaimanapun, Gunting dikatakan oleh orang tempatan sebenarnya orang pertama sampai ke puncak dan orang pertama yang membuat jejak untuk pendaki gunung.[2] Beliau merupakan malim gunung berdaftar yang pertama pada tahun 1964.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Gunting Lagadan
Kelahiran
Meninggal dunia1996
WarganegaraMalaysia
PekerjaanMalim gunung
Terkenal keranaOrang terawal dan malim gunung pertama mendaki Gunung Kinabalu
PasanganTubong Lagadan
Anak-anakGunsalaam Gunting
Tutup

Legasi

Sebuah pondok penginapan dibina sempena nama beliau berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu namun rosak dan diganti akibat gempa bumi 6 skala Richter pada tahun 2015.[4] Beliau diberi penghormatan dengan papan tanda berdekatan dengan puncak Gunung Kinabalu atas sumbangannya.[5] Ramai orang Kadazandusun mengikuti jejak langkah beliau berpengalaman pernah menjadi malim gunung atau porter.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.