baka anjing dari Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia
Grifon sederhana Vendée[lower-alpha 1] ialah grifon pemburu bau bersaiz sederhana yang berasal dari Vendée, Perancis.[1] Baka ini diiktiraf oleh FCI pada tahun 1954.[2][3]
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sebelum Perang Dunia Pertama, baka ini diperkecil melalui pembiakbakaan oleh Comte d'Elva daripada grifon besar Vendée.[1] Kata briquet pada nama aslinya memaksudkan "anjing bersaiz sederhana" dalam bahasa Perancis.[2][3] Grifon sederhana Vendée hampir pupus selepas Perang Dunia Kedua, tetapi atas jasa usaha Hubert Dezamy, seorang hakim pertunjukan anjing Perancis, baka ini dipulihkan.[4][5]
Grifon sederhana Vendée mempunyai kepala pendek, telinga layu rendah, dan lapis bulu ganda kasar.[4] Ia hadir dengan warna padu atau warna bercampur, perang kekuning-kuningan, perang muda, putih dan jingga, putih dan kelabu, malah juga triwarna.[4] Jantannya berdiri setinggi 50–55 sentimeter (20–22 in) dan betinanya pula setinggi 48–53 sentimeter (19–21 in).[6]
Anjing ini merupakan pemburu ghairah dengan stamina dan ketabahan.[6] Ia patut mampu memungut jejak bau yang malis sama baik dengan yang segar. Seperti baka saudaranya, iaitu baka anjing pemburu Vendée lain, grifon sederhana Vendée menikmati waktu riadah luar dengan keluarganya. Sungguhpun tidak begitu mudah sentap, anjing ini merupakan anjing cergas dan bersemangat.[4] Dalam pada anjing ini dibiakbakakan untuk bekerja dalam kawanan serta secara berdikari, grifon ini sesuai bergaul sesama anjing lain dan tidak terlalu kuat enggan berkongsi tentang apa-apa. Baka ini merupakan teman baik untuk kanak-kanak.[4]
Grifon tidak terlalu patuh terhadap arahan. Anjing ini tidak peduli dipujuk, disogok, atau dipermainkan. Seandainya hal-hal ini membawa kepada sesuatu yang disukai oleh pemiliknya, maka semua pihak gembira.[4]
Grifon sederhana Vendée yang dibiakbakakan untuk memburu buruan besar biasanya bekerja dalam kawanan kecil.[2][3][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.