From Wikipedia, the free encyclopedia
Gran Turismo merupakan sebuah judul permainan video bergenre perlumbaan yang dikeluarkan eksklusif untuk konsol PlayStation. Permainan Gran Turismo telah direka oleh Kazunori Yamauchi, dibangunkan oleh syarikat Polys Entertainment dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1997. Syarikat pembangun permainan video ini kemudian ditubuhkan sebagai Polyphony Digital pada tahun 1998.
Gran Turismo | |
---|---|
Pembangun | Polyphony Digital Cyberhead[1] |
Penerbit | Sony Computer Entertainment |
Pengeluar | Kazunori Yamauchi |
Pereka | Kazunori Yamauchi Takeshi Yokouchi Hirotaka Komiyama |
Pengatur cara | Seiichi Ikiou |
Artis | Masaaki Goto |
Komposer | Masahiro Andoh Isamu Ohira |
Siri | Gran Turismo |
Platform | PlayStation |
Pelepasan | Jepun - 23 Disember 1997[2][3] Eropah - 8 Mei 1998[2] Amerika Utara - 12 Mei, 1998[2] |
Genre | Perlumbaan sim[4][5] |
Mod | Perseorangan, Berbilang pemain |
Selepas lima tahun melalui fasa pembangunan, permainan video ini mendapat respon yang sangat positif, telah terjual sebanyak 10.85 juta salinan di seluruh dunia sehingga setakat Mac 2013[6]. Judul permainan video ini adalah judul pertama di bawah siri Gran Turismo yang kini mengandungi lebih dari 10 judul sekuel.
Permainan Gran Turismo bergenre perlumbaan. Pemain perlu mengawal kereta mereka dan berlumba dengan beberapa kereta lain yang dikawal oleh pelumba komputer (AI) bertempat di beberapa litar perlumbaan. Terdapat dua jenis cara permainan iaitu Arcade Mode dan Simulation Mode (atau dikenali sebagai Gran Turismo Mode bagi versi PAL dan Jepun). Dalam Arcade Mode, pemain bebas untuk memilih litar perlumbaan dan kereta yang mereka ingin gunakan. Pemain akan menerima kereta atau litar tambahan sekiranya mereka memenangi perlumbaan tersebut.
Dalam Simulation Mode pula, pemain perlu mendapatkan beberapa jenis lesen sebelum dibolehkan untuk berlumba dalam sesebuah acara. Bagi permulaan, pemain akan diberikan wang maya yang dikenali sebagai Credit (Cr) sebanyak 10,000 yang digunakan untuk membeli kereta atau mendapatkan lesen. Pemain yang memenangi acara perlumbaan akan mendapat hadiah seperti wang Credit, trofi serta kereta. Selain dari membeli kereta, wang Credit juga boleh digunakan untuk membeli alat ganti tambahan dan ubahsuai kereta.
Permainan video Gran Turismo memiliki 178 jenis kereta dan 11 buah litar perlumbaan[7].
Permainan Gran Turismo mendapat sambutan hangat secara umumnya, termasuklah skor reviu yang diterima oleh IGN yang memberikan markah 9.5/10[8] dan dari GameSpot yang memberikan markah 8.6/10[9]. Permainan Gran Turismo memenangi permainan video bergenre simulasi terbaik tahun 1999 dalam acara Spotlight Awards[10], memenangi Best Driving Game dan Best Graphics dalam majalah rasmi PlayStation, PlayStation Official Magazine yang dikeluarkan sekitar tahun 1999[11] serta diundi permainan video keenam terbaik oleh pembaca majalah keluaran yang sama[11]. Pada tahun 2000, pembaca majalah Computer and Video Games mengundi permainan Gran Turismo sebagai kelapan terbaik sepanjang zaman[12]. Manakala, Game Informer pula meletakkan permainan video ini berada pada kedudukan ke-21 permainan video paling terbaik pada tahun 2001. Menurutnya, kebanyakkan permainan video bergenre perlumbaan tidak menawarkan pengalaman yang selengkap Gran Turismo[13]. Pada tahun 2017 pula, permainan Gran Turismo diangkat sebagai permainan video bergenre perlumbaan paling terbaik oleh Top Gear[14].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.