Girls Planet 999
From Wikipedia, the free encyclopedia
Girls Planet 999: The Girls Saga[lower-alpha 2] (hanya disebut sebagai Girls Planet 999) adalah sebuah rancangan pertandingan realiti Korea Selatan pada tahun 2021 yang dicipta oleh Mnet. Ia ditayangkan pada 6 Ogos 2021 dan pada asalnya disiarkan setiap hari Jumaat jam 8:20 malam KST untuk sebelas episod pertama sehingga episod akhir pada 22 Oktober, yang disiarkan secara langsung pada 8 malam KST. Ia disiarkan di saluran Mnet, IQIYI, AbemaTV, tvN Asia atau YouTube bergantung pada kawasan penonton.
Girls Planet 999 | |
---|---|
Genre | Realiti |
Pengacara | Yeo Jin-goo |
Lagu pembukaan | "O.O.O (Over&Over&Over)" |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Lokasi | Korea Selatan |
Tempoh siaran | 85–150 minit 182 minit (Akhir) |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | CJ E&M |
Penyiaran | |
Saluran asal | Mnet |
Siaran asal | 6 Ogos 2021 (2021-08-06) – 22 Oktober 2021 (2021-10-22) |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Boys Planet (2023) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Girls Planet 999 | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 少女星球999:少女們的盛典code: zh is deprecated | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 少女星球999:少女们的盛典code: zh is deprecated | ||||||||||
| |||||||||||
Korean name | |||||||||||
Hangul | 걸스플래닛999: 소녀대전code: ko is deprecated | ||||||||||
Hanja | Girls Planet 999:少女大典code: ko is deprecated | ||||||||||
| |||||||||||
Japanese name | |||||||||||
Kanji | Girls Planet 999:少女祭典code: ja is deprecated | ||||||||||
Kana | ガールズプラネット999:しょうじょさいてんcode: ja is deprecated | ||||||||||
| |||||||||||
Sebuah produksi oleh syarikat induk Mnet CJ E&M dan anak syarikatnya Studio Take One, serta bekerjasama dengan pembangun dan penerbit permainan NCSoft, tujuan pertandingan ini adalah untuk melancarkan kumpulan gadis 9 orang ahli baru yang terdiri daripada pelatih dan idola dari China,[lower-alpha 3] Jepun dan Korea Selatan. Ujibakat untuk pertandingan diadakan dari bulan Januari hingga Februari 2021.
Dari 13,000 pemohonan, 99 peserta akhir dipilih.[1] 99 peserta ini dibahagi sama dalam tiga kumpulan; K-Group, C-Group dan J-Group.
Dalam episod akhir pada 22 Oktober 2021, yang disiarkan secara langsung, rancangan ini mengumumkan 9 orang ahli terakhir yang akan debut sebagai Kep1er.
Musim kedua bernama Boys Planet dijangka ditayangkan pada 2 Februari 2023[2][3] menampilkan pelatih lelaki.[4]