From Wikipedia, the free encyclopedia
Giorgi Margvelashvili (Bahasa Georgia: გიორგი მარგველაშვილი ; lahir 4 September 1969) ialah seorang ahli akademik dan ahli politik Georgia yang terpilih sebagai Presiden Georgia pada Oktober 2013. Dididik sebagai ahli falsafah, beliau mempunyai pengalaman sebagai rektor Institut Hal Ehwal Awam Georgia pada 2000 hingga 2006 dan sekali lagi dari 2010 hingga 2012, apabila beliau dilantik menjadi menteri pendidikan dalam kabinet Bidzina Ivanishvili. Pada Februari 2013, beliau dilantik juga sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama.
Giorgi Margvelashvili | |
---|---|
Presiden Georgia ke-4 | |
Dalam jawatan 17 November 2013 – 16 Disember 2018 | |
Perdana Menteri | Bidzina Ivanishvili Irakli Garibashvili Giorgi Kvirikashvili Mamuka Bakhtadze |
Didahului oleh | Mikheil Saakashvili |
Digantikan oleh | Salome Zurabishvili (terpilih) |
Menteri Pendidikan dan Sains | |
Dalam jawatan 25 Oktober 2012 – 18 Julai 2013 | |
Perdana Menteri | Bidzina Ivanishvili |
Didahului oleh | Khatia Dekanoidze |
Digantikan oleh | Tamar Sanikidze |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tbilisi, Kesatuan Soviet (kini Georgia) | 4 September 1969
Parti politik | Impian Georgia |
Kediaman | Istana Tbilisi |
Tempat belajar | Universiti Negeri Tbilisi Universiti Eropah Tengah Akademi Sains Kebangsaan Georgia |
Pada 11 Mei 2013, gabungan Impian Georgia pimpinan Ivanishvili menamakan Margvelashvili sebagai calon mereka bagi pilihan raya presiden pada 27 Oktober 2013..[1] Margvelashvili berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan mendapat 62% undi.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.