From Wikipedia, the free encyclopedia
Gina Alexis Rodriguez-LoCicero[1][2] (née Rodriguez; lahir 30 Julai 1984)[3][4] ialah seorang pelakon dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan utamanya sebagai Jane Villanueva dalam siri romantik komedi satira CW Jane the Virgin (2014-2019), yang mana beliau menerima Anugerah Golden Globe pada 2015.[5]
Gina Rodriguez | |
---|---|
Kelahiran | Gina Alexis Rodriguez 30 Julai 1984 |
Warganegara | Amerika |
Pusat pendidikan | Universiti New York |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2004–kini |
Pasangan | Joe LoCicero (k. 2019) |
Ibu bapa | Magali Martinez Gino Rodriguez |
Dilahirkan dan dibesarkan di Chicago, Rodriguez memulakan kerjayanya pada tahun 2004 dalam produksi teater dan membuat penampilan sulung layarnya dalam satu episod siri drama prosedur polis Law & Order. Kejayaannya hadir pada 2012, dalam filem drama bebas Filly Brown. Beliau telah melakonkan filem-filem seperti Deepwater Horizon (2016), Ferdinand (2017), Annihilation (2018), Miss Bala (2019), dan Someone Great (2019). Beliau juga menyuarakan watak tajuk siri aksi pengembaraan animasi Netflix Carmen Sandiego (2019–kini).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.