From Wikipedia, the free encyclopedia
Gereja Ortodoks Rusia (ROC; Bahasa Rusia: Русская православная церковь, tr. Russkaya pravoslavnaya tserkov) juga dikenali sebagai Gereja Kristian Ortodoks Rusia (Orthodox Christian Church of Russia), yang diketuai Moscow Patriarchate (harfiah, Kebapaan Moscow) (Bahasa Rusia: Московский патриархат, tr. Moskovskiy patriarkhat),[1] ialah badan penganut agama Kristian yang menjadi Gereja Ortodoks Timur autosefalus di bawah kuasa Patriarch Moscow dan semua Rus, dalam perhubungan penuh dengan Gereja Ortodoks Timur yang lain.
ROC sering digambarkan sebagai[2] gereja Ortodoks Timur yang terbesar antara gereja-gereja Ortodok Timur lain di dunia. Jika dikira keahlian semua gereja autosefalus di bawah seliaannya, bilangan penganut ROC melebihi 150 juta di seluruh dunia—lebih kurang separuh daripada semua penganut Ortodoks Timur yang bilangan tuntasnya dianggarkan sebanyak 300 juta orang. Dalam kalangan gereja-gereja Kristian, Gereja Ortodoks Rusia berada di tempat kedua, di belakang Gereja Roman Katolik dari segi bilangan penganut. Di dalam Rusia pula, sebuah bancian tahun 2007 (VTsIOM) menunjukkan yang lebih kurang 75% penduduk menganggap diri mereka sebagai Kristian Ortodoks.[3][4][5] dan sebahgian kecil orang Belarus dan Ukraine menganggap diri mereka sebagai "Ortodoks".[6] Walaupun demikian, mengikut bancian yang diterbitkan Pravmir, sebuah jurnal berhubung kait dengan gereja yang disegani, pada Disember 2012, hanya 41% penduduk Rusia menganggap diri mereka sebagai penganut Gereja Ortodoks Rusia.[7]
Pravmir juga menerbitkan sebuah bancian tahun 2012 organisasi Levada, VTsIOM, yang menunjukkan bahawa 74% orang Rusia menganggap diri mereka sebagai Ortodoks.[8]
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada 2 Februari 2010, Gereja mempunyai 160 kawasan uskup termasuk 30,142 kariah yang disokong 207 biskop, 28,434 paderi dan 3,625 deacon. Terdapat 788 biara, termasuk 386 biara untuk lelaki dan 402 untuk wanita.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.