Kecapi Yahudi From Wikipedia, the free encyclopedia
Genggong (disebut [géng.gong];[1] bahasa Inggeris: Jew's harp atau mouth harp) adalah alat muzik jenis idiofon atau lamelofon yang dimainkan dengan mengepit tekan alat tersebut pada rongga mulut sambil memetik "lidah", utas tali yang dihubungkan dengan lidah getar alat tersebut,[1] ataupun lidah getar berupa lamela logam; mulut si pemakai dalam situasi ini berfungsi sebagai resonator menghasilkan bunyi tersendiri.
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Ia lazim diperbuat daripada buluh, pelepah enau, kayu atau logam.
Bingkai alat dikepit pada gigi atau bibir pemakai tanpa menyentuh bahagian lembut dalam mulut (mengelakkan kesakitan atau ketidakselesaan serta peredaman bunyi) mengayunkan getaran yang dihasilkan apabila bahagian alat dipetik lalu meningkatkan kelantangan bunyi dihasilkan alat.
Irama bunyi yang dihasilkan boleh diubah mengikut kandungan udara dalam rongga mulut yang boleh digerakkan dengan mengubah bentuk mulut atau membuka tutup glottis.
Penggambaran paling awal tentang seseorang yang sedang memainkan genggong terdapat pada lukisan Tionghoa yang dibuat pada abad ke-4 SM.[2] Peninggalan arkeologis di Eropah berupa genggong yang masih utuh juga dikatakan berasal dari zaman yang sama, namun tidak ada catatan mahupun lukisan sejarah yang berasal dari masa tersebut yang dapat membuktikan penampilan alat muzik sebegini pada zaman itu.[3]
Alat ini banyak ditemui di berbagai-bagai penjuru dunia, seperti:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.