General Atomics Avenger
From Wikipedia, the free encyclopedia
General Atomics Avenger (dahulunya Predator C) merupakan sebuah UCAV pembangunan yang dibina oleh General Atomics Aeronautical Systems untuk Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Tidak seperti dron-dron terdahulu iaitu MQ-1 Predator dan MQ-9 Reaper (Predator B), Avenger akan dikuasai oleh sebuah enjin jet, dan beberapa ciri halimunan.[1] Disebabkan pembangunannya adalah usaha pembangunan persendirian, hanya sedikit yang dapat diketahui berkenaan pesawat ini. Avenger telah membuat penerbangan sulung pada April 2009.[2]
Fakta Segera Avenger (Predator C), Peranan ...
Avenger (Predator C) | |
---|---|
Peranan | UAV kawalan jauh |
Pengeluar | General Atomics Aeronautical Systems |
Penerbangan sulung | 4 April 2009 |
Dibangunkan dari | MQ-9 Reaper |
Tutup
Predator C Avenger akan memiliki persenjataan yang sama sepertimana yang terdapat pada MQ-9, dan membawa Radar Apertur Sintetik Lynx dan penderia inframerah dan elektro-optik.[3]